CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Pihak buta sejarah halang Maulidur Rasul

[Copy link]
Post time 7-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Sambutan   tidak salah selagi menepati hukum syarakKUALA LUMPUR: Tindakan menyamakan sambutan Maulidur Rasul sebagai meniru amalan Nasrani yang meraikan  Krismas adalah perbuatan orang buta sejarah dan cubaan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.\n\n\n\n  Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad, berkata dakwaan itu juga umpama racun dan berniat jahat, sedangkan tiada hujah atau alasan menyokong bahawa sambutan berkenaan meniru perbuatan Nasrani.\n\n\n\n\n  Beliau berkata, walaupun Maulidur Rasul disambut 200 atau 300 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, banyak perkara baru yang menjadi adat dalam mengembangkan syiar Islam dan tiada pada zaman Nabi tidak berlawanan dengan Islam.Katanya, sambutan Maulidur Rasul   termasuk dalam lingkungan adat dan bukan ibadat.“Perkara berkaitan  adat boleh dicipta selagi tidak bertentangan  syarak dan ia bukan  kesalahan kecuali jika ia diisi dengan acara bertentangan  syarak.“Dalam hal ini, adat tidak bertentangan dengan syarak dan baik, Nabi Muhammad menggalakkannya seperti hadis bermaksud, Sesiapa yang mencipta sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala.   Sesiapa yang mencipta sunnah yang tidak baik, maka ia menanggung dosanya dan dosa orang yang melaksanakannya,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.\n\n\nMursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam khutbah Jumaat baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di internet mendakwa perbuatan menyambut Maulidur Rasul sebagai meniru budaya Kristian yang meraikan  Krismas sempena kelahiran Nabi Isa.Nakhaie berkata, Maulidur Rasul  bertujuan mengingati Rasulullah dan  perjuangan Baginda dengan cara untuk melaksanakannya boleh berubah dari semasa ke semasa asalkan tidak melanggar syariat.Beliau berkata, amalan mengingati perjuangan Rasulullah diadakan sejak awal iaitu pada zaman pengikut sahabat selepas kewafatan Rasulullah yang masih berpegang teguh dengan sunnah.Antaranya majlis dinama Majlis As Samar  diusahakan Urwah Zubir yang mengumpulkan anak muda dan menceritakan mengenai jihad Rasulullah dan peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah untuk menghidupkan semangat jihad di kalangan mereka.“Urwah ialah anak saudara  Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah dan beliau mempunyai banyak sumber mengenai perjuangan Baginda melalui hubungannya dengan Aisyah serta sahabat Nabi.“Upacara mengingati Rasulullah bukan sesuatu yang sesat dan meniru  bukan Islam tetapi mempunyai akarnya dalam sejarah Islam sendiri,” kata beliau yang turut mendakwa usaha berkenaan adalah cubaan mengaburkan pemikiran umat Islam terhadap adat dan kebudayaan Islam untuk memuliakan junjungan Rasulullah serta mengingati perjuangannya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.047659 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list