CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Langkau giliran haji disiasat

[Copy link]
Post time 7-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Profesional berkecuali tambahbaik sistem maklumat dilantik: Ismee\rKUALA LUMPUR: Tabung Haji sudah mengambil langkah proaktif dengan melantik profesional berkecuali bagi menyemak dan menambahbaik keseluruhan Sistem Maklumat Pengurusan Haji, kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail.\r\n\n\n\n\r  Serentak itu, beliau menasihati bakal jemaah haji supaya tidak terpedaya dengan perkhidmatan melangkau giliran terutama sekali yang membabitkan pembayaran, dan meminta orang ramai melaporkan kepada Tabung Haji jika mendapat tawaran sedemikian.\r\r\n\n\n\n\n   “Tabung Haji sentiasa berusaha untuk memperketatkan Sistem Maklumat Pengurusan Haji dan amat penting kepada Tabung Haji untuk mengenal pasti individu dan sindiket yang terbabit secara keseluruhan untuk memastikan pihak kami dapat melumpuhkan kegiatan tidak beretika ini. \r“Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tabung Haji sedang bekerjasama dalam mengenal pasti individu terbabit dalam sindiket berkenaan, malah SPRM kini berusaha melengkapkan siasatan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.\rBeliau merujuk isu membabitkan sindiket melangkau giliran menunaikan haji dalam Sistem Maklumat Pengurusan Haji seperti yang dilaporkan media sebelum ini.\rIsmee berkata, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, mengesahkan bahawa satu siasatan sudah dijalankan oleh pihaknya berdasarkan maklumat yang diterima daripada Tabung Haji.  \r\n\n\n\r“SPRM juga meneliti sistem maklumat yang digunakan ketika ini. Perkara berkenaan turut disahkan oleh Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Shaharudin Khalid yang menegaskan bahawa kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.\r“Ia bagi membolehkan penelitian menyeluruh ke atas sistem maklumat pengurusan haji yang sedia ada,” katanya.\rBeliau berkata, Sistem Maklumat Pengurusan Haji ketika ini memberi penekanan kepada keselamatan aras kelulusan dan capaian pengguna, proses aliran kerja dan laporan peringatan berkala.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.374834 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list