|
“SECARA matematik, peluang kita layak ke play-off amat tipis. Tapi saya arah pemain, inilah medan terbaik membuktikan kita boleh menewaskan Bahrain.”Demikian kata-kata perangsang jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee sebelum dia bersama 21 pemain berlepas ke Bahrain, malam tadi untuk aksi keempat Kumpulan C, Kelayakan Olimpik Zon Asia bertemu Bahrain di Stadium Nasional, Manama, Ahad ini.\n\n\n\n Malaysia tewas ketiga-tiga aksi pusingan pertama Kumpulan C kepada Jepun 0-2, Syria 0-2 dan Bahrain 2-3 di Bukit Jalil, 27 November lalu biarpun satu ketika selesa mendahului hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli.\n\n\n\n\n “Saya mahu pemain ingat semula bagaimana kita benarkan Bahrain jaring tiga gol pada 10 minit terakhir. Kali ini, tiada lagi alasan keletihan dan jika menang Ahad ini, kita mampu buka semula saingan dalam kumpulan ini.“Mana tahu bertemu Jepun di laman sendiri (22 Februari depan) kita akan lebih bersemangat dan mampu cipta kejutan. Pasti peluang kembali terbuka untuk meraih tempat kedua,” kata Kim Swee yang masih berharap skuadnya dapat tampil pada aksi play-off di Vietnam, 25 hingga 31 Mac depanKim Swee menggugurkan empat pelatih - Syahrul Azwari Ibrahim, Izuan Salahuddin, Syazwan Tajuddin dan penjaga gol, Shahril Saari selepas aksi persahabatan menentang skuad Liga Super Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin yang berkesudahan seri 0-0.“Perlawanan ini dapat beri saya peluang meningkatkan tahap kecergasan beberapa pemain yang sudah lama tidak beraksi akibat kecederaan seperti Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Ahmad Hazwan Bakri.\n\n\n“Pemain lain seperti Ahmad Shakir Md Ali, Ahmad Fakri Saarani, Muslim Ahmad, K Gurusamy dan Khairul Fahmi Che Mat saya tak risau, mereka sudah cukup cergas kerana beraksi dalam Liga Super,” jelasnya
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|