|
Najib ajak rakyat berganding lonjak pembangunanKUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan sebagai ‘penampilan’ negara, harus menjadi lambang terbaik bagi kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata, Wilayah Persekutuan adalah cermin wajah Malaysia kepada dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yang datang. \n\n\n\n “Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kepada negara.\n\n\n\n\n “Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat. “Wilayah Persekutuan bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari,” katanya dalam perutusan Hari Wilayah 2012 yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my, semalam.Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap 1 Februari. Najib turut mengajak rakyat menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak dan keluarga mereka. \n\n\n“Marilah kita jadikan impian ini satu realiti. Bagi menggarap masa depan itu, warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama bergerak ke arah apa direncanakan,” katanya. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|