CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

10 banduan bertemu keluarga

[Copy link]
Post time 1-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
TAPAH: “Sejak lima tahun bergelar penghuni penjara, ini kali pertama saya dapat mendakap dan mencium kedua ibu bapa saya serta adik-beradik yang lain. Tahun Naga Air kali ini sememangnya memberi tuah kepada saya,” kata seorang banduan di Penjara Tapah, Lu (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun.\rDia dipenjara selepas dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh tanpa niat itu melahirkan rasa terharunya kerana diberi peluang  bersama keluarganya untuk menyambut Tahun Baru Cina.\r\n\n\n\n\r“Memang suasana meriah sambutan itu tidak sehebat ketika berada di luar sana (luar penjara), tetapi pertemuan ini memadai untuk melepaskan rindu terhadap mereka,” katanya ketika ditemui sempena Program Jalinan Kasih sempena Tahun Baru Cina di penjara berkenaan di sini, semalam.\r\r\n\n\n\n\nSeramai 10 banduan yang mempunyai kesalahan berbeza diberi kebenaran untuk bertemu dan menjamu selera dengan keluarga masing-masing. Mereka diberi tempoh dua jam untuk bertanya khabar dan melepaskan rindu.\rHadir sama pada pertemuan itu, Penguasa Penjara Tapah, Senior Asisten Komisioner Rosni Mansor.\rLu yang juga seorang anak tukang kayu melahirkan rasa kesalnya kerana terlalu mengikut kata hati sehingga melakukan pembunuhan dan akhirnya dia terpaksa menghabiskan masa sebagai manusia kurungan untuk tempoh 18 tahun.\r“Sepanjang tiga tahun direman di Penjara Taiping sehingga disabitkan kesalahan dua tahun lalu, saya sentiasa berdoa dipertemukan keluarga dalam suasana seperti ini, apatah lagi ketika menyambut tahun baru.\r\n\n\n\r“Perasaan menyesal   sentiasa menyelubungi diri setiap kali melihat air mata ibu  tumpah ketika melawat saya di penjara. Saya tekad sebaik keluar nanti akan menjadi manusia  berguna dan tidak menyusahkan keluarga lagi,” katanya yang bercita-cita meneruskan kerja bapanya sebagai tukang kayu.\rPerasaan sedih itu turut dikongsi bersama seorang lagi banduan, Ah Chow (bukan nama sebenar), 23, yang dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun mengikut Seksyen 326 KK di atas kesalahan bergaduh.\r“Hanya bergaduh disebabkan masalah hutang  RM3,000 dengan seorang rakan baik, saya terpaksa meringkuk dalam penjara ini. Saya baru tiga bulan dimasukkan ke sini dan ini kali pertama menyambut Tahun Baru Cina di dalam penjara,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.046676 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list