CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

Tutup loji Lynas sekat pelaburan

[Copy link]
Post time 1-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
MELBOURNE: Lynas Corporation Australia memberi amaran bahawa sebarang usaha parti politik pembangkang untuk menutup loji pemprosesan nadir bumi bernilai RM200 juta di Gebeng, Kuantan akan menyekat pelaburan asing ke Malaysia.\rPengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis, berkata pandangan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk menutup loji itu adalah pandangan pakatan pembangkang yang menentang pembinaan loji berkenaan, manakala PAS menyokong loji Lynas.\r\n\n\n\n\r  “Beliau (Fuziah) adalah satu-satunya orang yang keluar dan berkata pembangkang kemungkinan membatalkan (lesen).\r\r\n\n\n\n\n  “Saya tidak mengambil kira pandangan seorang lawan yang dikenali semestinya membawa pendirian PAS secara keseluruhannya,” kata Curtis, sambil menambah beliau juga tidak percaya pandangan Fuziah mewakili dasar PKR.\rFuziah dilapor memberitahu REUTERS, pembangkang akan menghentikan operasi loji Lynas jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.\r“Ia (pemberhentian operasi) pasti tidak stabil untuk pelaburan langsung asing di Malaysia bila keadaan itu berlaku,” katanya kepada penganalisis dan wartawan pada sidang media, di sini semalam.\rLynas sedang menunggu lesen sementara untuk memulakan operasi loji nadir bumi dan dijangka mendapat keputusan daripada Kabinet, minggu depan, berdasarkan sama ada loji itu memenuhi standard keselamatan untuk mengendalikan bahan radioaktif.\r\n\n\n\r“Kami tidak sabar untuk mendengar keputusan akhir kerajaan dalam masa terdekat,” kata Curtis, namun enggan mengulas sama ada sebarang syarat kemungkinan disertakan bersama lesen sementara berkenaan.\rLoji berkenaan yang sudah 91 peratus siap serta berada pada landasan untuk memulakan operasinya pada Jun akan memproses nadir bumi dari lombong Mount Weld Lynas di Australia.\rOperasi itu adalah kunci utama untuk memecahkan genggaman China dalam membekalkan logam nadir bumi, yang amat penting dalam teknologi tinggi dan produk hijau, daripada telefon pintar kepada kereta hibrid.\rCurtis berkata, kuota dikenakan China ke atas eksport nadir bumi ekoran masalah membabitkan alam sekitar di beberapa operasi domestiknya kemungkinan besar menyumbangkan kepada kekangan bekalan pada masa tertentu.\r“Kami menjangka bahawa harga akan terus menggambarkan defisit berstruktur dalam pasaran untuk masa depan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.269120 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list