CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

‘Perompak ugut hentak kami guna tong gas’

[Copy link]
Post time 30-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KOTA TINGGI:  Tiga beranak menempuh saat mencemaskan kira-kira 20 minit apabila berdepan ancaman dicederakan menggunakan parang dan tong gas oleh sekumpulan tiga penyamun warga asing yang sebelum itu memecah bilik tidur mereka menggunakan tong berkenaan.\rKejadian itu pada jam 2.30 pagi Jumaat di Perumahan Bandar Sri Perani di sini, ketika pasangan suami isteri berusia 43 dan 40 tahun serta anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun sedang tidur.\r\n\n\n\n\r Kumpulan penyamun terbabit dipercayai memasuki rumah mangsa dengan mengumpil tingkap tidak berjeriji di bahagian belakang rumah mangsa, sebelum mengambil tong gas memasak di rumah itu bagi memecahkan pintu bilik tidur mangsa yang berkunci.\r\r\n\n\n\n\n Sejurus menahan tiga beranak terbabit, kumpulan penyamun yang menutup bahagian muka dengan tuala dan kemeja-T itu, mengikat pasangan suami isteri itu dengan kabel pengecas telefon bimbit sebelum memaksa mereka menyerahkan barangan berharga. Selain merentap rantai leher yang dipakai suri rumah terbabit, mereka turut merampas wang tunai RM500, barangan kemas dalam simpanan mangsa serta dua telefon yang baru dibeli sebelum melarikan diri.\rKetua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan bagi menjejaki kumpulan penjenayah itu.\r“Kita sudah mengambil kesan cap jari di tempat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.\rSementara itu, suri rumah yang menjadi mangsa kejadian itu, mendakwa suspek warga Indonesia berdasarkan pertuturan mereka.\r\n\n\n\r“Saya dan suami tersedar dari tidur apabila dikejutkan bunyi dentuman kuat sejurus pintu bilik tidur kami pecah akibat dihentak dengan menggunakan tong gas.\r“Kami diancam dengan dua parang yang dibawa penjenayah itu. Seorang daripada mereka mengangkat tong gas sambil mengancam umenghentak kami jika enggan menyerahkan barang berharga,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.139525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list