CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

70 peratus rayuan BR1M layak

[Copy link]
Post time 30-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
IPOH: Sebanyak 70 peratus rayuan permohonan skim Bantuan Rakyat  1Malaysia (BR1M) yang diterima seluruh negara bagi permohonan peringkat pertama layak menerima bantuan itu.\rMenteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, rayuan itu diluluskan dan mereka bakal menerima penyampaian bantuan RM500 itu sebelum tamat tempoh pada 15 Mac ini.\r\n\n\n\n\r “Lebih separuh rayuan permohonan yang dibuat diterima dan mereka layak mendapat bantuan itu. Kini, penyenaraian sedang dibuat dan pengagihan akan dibuat secara berperingkat,”  katanya pada sidang media selepas menghadiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), Parlimen Tambun, di Chemor, dekat sini, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum hadir pada majlis berkenaan yang diadakan bermula jam 11 pagi itu. Turut hadir, isterinya, Datin Seri Fauziah Kamarudin. \rSelain hidangan kuih tradisi masyarakat Cina seperti pau dan koci, tetamu turut dihidangkan dengan Yee Sang serta dihiburkan dengan tarian singa serta naga.\rAhmad Husni berkata, kerajaan juga melanjutkan tempoh permohonan skim itu sehingga 10 Februari ini dan mereka yang layak perlu membuat permohonan sebelum tamat tempoh.\r“Kini, kita sedang menjalankan pengurusan permohonan peringkat kedua serta ketiga dan proses penyampaian bantuan itu akan dijalankan sehingga 15 Mac ini.\r\n\n\n\r“Jadi, bagi mereka yang layak masih belum terlambat untuk memohon atau mengemukakan rayuan,” katanya.\rKetika ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan bantuan skim itu pada tahun depan, katanya, ia bergantung kepada kedudukan kewangan negara.\r“Pada 2011 kedudukan kewangan lebih baik daripada yang disasarkan. Jadi kita akan melihat peningkatan dari segi defisit negara, hutang dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Insya-Allah kita mengharapkan kewangan negara lebih kukuh pada 2012.\r“Kita perlu melakukan pengurusan kewangan lebih berhemah disebabkan kedudukan ekonomi pada 2012 agak mencabar. \r“Bagaimanapun, di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneraju negara itu akan sentiasa prihatin dengan kedudukan ekonomi rakyatnya,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.283454 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list