View: 101|Reply: 0
|
‘Pembeli rumah’ muflis ke Kabinet
[Copy link]
|
|
AMPANG: Isu pembeli rumah terbengkalai yang diisytiharkan sebagai muflis akan dibawa kepada Kabinet, berikutan mereka terpaksa menanggung beban membayar pinjaman rumah yang tidak didiami dan perlu menyewa rumah lain.\rTimbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata rata-rata pembeli rumah terbengkalai menghadapi situasi itu kerana gagal melunaskan bayaran pinjaman perumahan meskipun rumah yang mereka beli tidak dapat diduduki.\r\n\n\n\n\r “Bila terpaksa menanggung dua beban (sewa dan ansuran rumah) banyak yang tersangkut (tak dapat membayar pinjaman bank). Lebih malang lagi jika peminjam itu peniaga kecil atau mereka berpendapatan rendah, apabila diisytiharkan muflis ia akan menyukarkan mereka membuat pinjaman lain.\r\r\n\n\n\n\n “Saya akan membawa isu ini ke Kabinet supaya golongan terjejas ini diberikan kelonggaran dan pertimbangan pihak berkenaan daripada terus diisytiharkan muflis,” katanya selepas Penyerahan Kunci Rumah Pangsapuri Residensi Bestaria dekat Bukit Antarabangsa di sini, semalam.\rSeramai 220 pemilik daripada 1,200 pemilik rumah perumahan itu menerima kunci masing-masing selepas menunggu sembilan tahun berikutan kegagalan pemaju menyiapkan perumahan berkenaan.\rNoh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau memahami tindakan yang terpaksa diambil institusi kewangan berikutan kegagalan pembeli melunaskan ansuran tetapi dalam isu itu, hak pembeli dinafikan pemaju tidak bertanggungjawab.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|