|
Siasatan polis untuk dakwa pemilikSHAH ALAM: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT).\rTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan sudah dibuka untuk mendakwa pemilik kedai buku berkenaan dan memberi amaran tindakan sama akan dikenakan terhadap mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.\r\n\n\n\n\r \"Polis juga sedang menyiasat dakwaan ada sepasang suami isteri menawarkan wang tunai kepada pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM).\r\r\n\n\n\n\n \"Selain itu, kita juga sudah mengesan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M dalam internet untuk mendapatkan wang tunai,\" katanya pada sidang media di sini, semalam.\rIsnin lalu, Berita Harian mendedahkan perbuatan pelajar IPT menyalahgunakan BB1M dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah atau menjualnya kepada pihak lain dengan menawarkan potongan harga istimewa, selain melelong menerusi internet.\rTinjauan sebelum ini mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.\rPemberian BB1M bernilai RM200 kepada penuntut Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPT awam dan swasta, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012.\r\n\n\n\rKhalid berkata, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.\rSementara itu, beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga letupan bom jangka berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 9 Januari lalu, diperbuat daripada mercun.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|