CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 1

‘Suara dari langit’ dijawab minggu depan

[Copy link]
Post time 29-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
PETRA JAYA: Kejadian aneh ‘suara dari langit’ yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik.\n\n\n\n  Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan.\n\n\n\n\n“Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.“Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan  berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 02:18 AM | Show all posts
Salam, sy tak rasa bunyi ni dari kilang kelapa sawit sebab sy, ibu dan adik sy juga terdengar bunyi ni pada tgh malam khamis lalu iaitu bersamaan 2 Februari 2012. Masa tu semua kecoh pasal bunyi mercun bising dan sebagainya. Pada mulanya, sy igt mercun tp mercun bunyi secara letupan, tapi bunyi ni mcm diseret means bukan letupan. Bunyi yg kali ke2 sy fikir mungkin ada aktiviti lain mcm kilang/apa2 sahaja tp sy fikir time tu tgh malam n tak mungkin orang buat kerja tgh2 mlm. Kali ke3 sy dgr betul2 lagi, dan terus terlintas difikiran sy, takkan ada apa2 kerja bunyi sejelas tu, sy nk buka tingkap tapi tak berani. Bunyi yg setrusnya sy dh tegak bulu roma, mmg tak sempat rakam sbb terkejut sgt dan untuk pengetahuan sy tinggal di SHAH ALAM. Sy takda bukti tp ada saksi yg dengar kejadian tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056598 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list