CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2773|Reply: 19

Kerjaan Negeri Melaka Ambil Alih Perkhidmatan Bas

[Copy link]
Post time 27-1-2012 09:16 AM | Show all posts |Read mode

MELAKA 26 Jan. - Kerajaan negeri dengan dibantu enam agensi akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti di negeri ini selepas usaha menagih simpati daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerusi dana berjumlah RM400 juta ditolak oleh suruhanjaya berkenaan.
Mulai 1 Februari ini, perkhidmatan bas henti-henti yang diuruskan oleh sembilan syarikat itu akan diambil alih sepenuhnya kerajaan negeri melalui PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. (PMCT) untuk menguruskan perkhidmatan tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan drastik itu terpaksa diambil kerajaan negeri selepas segala usaha untuk mendapatkan bantuan SPAD telah ditolak.
"Enam agensi iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Syarikat Pertanian, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Yayasan Melaka, kerajaan negeri dan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) berjaya menyumbang sebanyak RM8 juta.
"Sumbangan yang dikumpul itu akan kita gunakan untuk membayar pampasan kepada sembilan syarikat bas yang diambilalih sebanyak RM7.7 juta," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis perjanjian pengambilan operasi bas henti-henti oleh PMCT di Bilik Tun Mutahir, Seri Negeri di sini hari ini.
Sembilan syarikat bas yang menerima pampasan tersebut ialah Town Bus Service, Malacca Omnibus Service, Bas Tai Lye, Patt Hup Transport, Bas Tuah, Batang Bus, Salira Transport & Tours, Roda Juara dan Bas Wira.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, menerusi pengambilan operasi itu, pihaknya menjangkakan kerugian RM14 juta setahun bakal ditanggung oleh kerajaan negeri.
"Kerugian ini akan kita tanggung bersama oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kita tidak ada pilihan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai," katanya.
Beliau menambah, pampasan yang diberikan kepada sembilan syarikat bas tersebut membabitkan pembayaran kepada 118 kakitangan berjumlah RM1.8 juta, pengusaha bas berjumlah RM5.4 juta dan ex-gratia bernilai RM500,000.
Tegasnya, kesemua 118 pekerja termasuk pemandu di sembilan syarikat bas terbabit akan ditawarkan semula bekerja di bawah skim gaji baru yang disediakan oleh PMCT.
Katanya, bas-bas lama berjumlah 110 buah milik syarikat terbabit itu akan digunakan seperti biasa dan perjalanan adalah mengikut laluan asal.
"Dalam tempoh tiga bulan ini, kita tukar kepada bas baru secara berperingkat dengan 30 bas dibeli dan disewa daripada syarikat Scomi Group dan sebagai permulaan sebanyak 10 bas Panorama milik PMCT digunakan untuk menampung keperluan itu," katanya.
Katanya, kerajaan negeri merancang untuk membeli 131 bas baru bagi menggantikan bas yang sudah usang dan tidak sesuai untuk digunakan.
"Saya berharap kawasan yang tidak menguntungkan akan turut disediakan perkhidmatan bas henti-henti bagi memastikan rakyat di luar bandar turut menikmati kemudahan pengangkutan awam," katanya.


Baguslah. Ali Rustam did a good job by taking the bus companies biarpun akan rugi RM14 juta setiap tahun.
Tapi, saya rasa kerugian itu boleh ditampung oleh perolehan keuntungan daripada sektor pelancongan dan kutipan cukai daripada rakyat Melaka itu sendiri.

Ini bermaksud, wang yang akan diperoleh diberi kembali kepada rakyat Melaka dalam bentuk perkhidmatan bus yang akan meliputi sehingga ke kawasan pinggiran dan luar bandar yang mana kita tahu kemudahan pengangkutan awam sememangnya jarang-jarang ada ataupun tiada.

Lagipun, dengan 110 buah bas dan penambahan bas baru, maka ini akan memudahkan pergerakan bukan sahaja kepada orang tempatan malahan kepada para pelancong yang boleh menggunakan pengangkutan ini. Dan dengan resources bas yang besar dan Melaka kecil saiz kawasan negerinya, liputan kawasan boleh di perluaskan dan merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka dari pelbagai bidang dan impak nya kepada masyarakat setempat yang berada dalam lingkungan liputan perkhidmatan; in which contribute to the socio-economy within the society.

Untung orang Melaka ada Ketua Menteri macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 09:22 AM | Show all posts
hmmm....mesti kene kutuk kaw2 pas nih....sape kutuk? uolss pepaham lah ye...iols x nk campurtangan...mesti dikaitkan dgn monorel yg tersadai tuh khennn
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 09:35 AM | Show all posts
Bagus langkah nie. Kenderaan awam sepatutnya di bawah kerajaan. Semua org mampu at least pakai motor skrg. Kereta pun dah murah giler esp yg 2nd hand. Budak sekolah, org tua-tua, OKU dan a few others sajer yg perlukan kenderaan awam. Memang tak boleh survive kalau kerajaan tak tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 09:44 AM | Show all posts
serius,,,pada aku smart move.....   kalau sukses mmg best aa malacca...   gi kerja takyah pakai keta dahhh
patut penang patut buat macam nih jugak ....
kalau ada penyelewengan,,,pada aku pihak audit negara kan ada....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 09:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 10:28 AM | Show all posts
memang sepatutnya mass transit system di kendalikan oleh penguasa tempatan. kalau commercial entity yang kendalikan, service dia tak bagus sebab kena cut cost kerana nak untung.
.....tapi knowing record buruk penguasa melaka ni, memang tak pergi ke mana lah...
monorail tersadai, bas pun tersadai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2012 10:30 AM | Show all posts
tgh kira duit nmpknya tokey2 scomi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 10:48 AM | Show all posts
memang sepatutnya mass transit system di kendalikan oleh penguasa tempatan. kalau commercial entity  ...
freebird Post at 27-1-2012 10:28


tapi since benda ni dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi negeri, saya lihat tiada apa yang perlu digusarkan.
Malahan, Ali Rustam bukan Ketua Menteri boleh buat main-main. Kalau wartawan tanya tentang sesuatu dan benda tu di bawah jabatan; siaplah. Ali Rustam akan call orang jabatan tu directly; he got them in speed dial.

Pernah sekali, Ali Rustam buat tu kat press conference dan TV3 siarkan; mau tak kecut perut boroi suma orang atas jabatan. Last year, kalau tak silap aku dia pergi ambush jabatan mana ntah nak tahu jawapan tentang isu berbangkit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 11:02 AM | Show all posts
exactly similar sentiment bila mereka lancarkan monorail hari tu... - tiada apa yang perlu digusarkan.

ali ketam - cakap tadak serupa bikin, rasuah telah terbokti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:57 AM | Show all posts
walaupun macam2 cara ali rustam yg ada menjengkelkan orang lain ataupun yg salah...satu je aku respect kat datuk ali ni....dia bukan jenis dengar cakap bini..heheheheh... pernah sekali ada satu majlis dekat tmn rempah...datuk ali dah arahkan orang2nya susun dan organize kedudukan, hiasan dll.. tapi pasal masa tu wife datuk ali pun ada involve kat majlis tu, benda yg datuk ali arahkan dia tak berkenan so dia suruh budak2 ubah..then bila datuk ali tanya apasal ubah dia cakap datin suruh..so datuk ali sound budak2 tu "siapa cm saya ke bini saya?" so bebudak tu buat balik apa yg ali suruh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 01:36 PM | Show all posts
wah...berkurun dah tak naik bas kat melaka ni. bas yang ada sekarang dah patut jadi besi buruk..dapatlah merasa bas baru.

Ali Rostam ni memang banyak idea, tapi banyak juga ideanya yg membazir dan perlaksanaan yang tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:35 PM | Show all posts
50 pemandu bas lancar mogok


Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my



Sebahagian pemandu bas, bertikam lidah dengan pihak pengurusan berhubung pampasan serta gaji di Melaka Sentral, Melaka semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


MELAKA 1 Feb. – Kira-kira 50 pemandu bas berhimpun secara aman di Melaka Sentral di sini kerana rasa tidak puas hati terhadap tawaran gaji rendah ditawarkan oleh kerajaan negeri melalui PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd., (PMCT) yang mengambil alih pengurusan perkhidmatan bas henti-henti bermula hari ini.

Kecewa dengan tawaran gaji dijanjikan oleh PMCT yang didakwa tidak menepati tawaran asal, hampir 50 buah bas daripada lebih 80 buah bas dikatakan tidak menjalankan operasi seperti biasa hari ini.

Mereka mendakwa, tawaran asal gaji pokok berjumlah RM850 sebulan yang dijanjikan ketika hadir pada sesi temu duga pada Disember tahun lalu telah berkurang kepada RM500 sebulan.

Abdul Hamid Mad Sahat, 44, yang telah berkhidmat lebih 10 tahun bersama syarikat bas Salira Transport & Tours menganggap PMCT cuba menganiaya dan mengambil kesempatan dengan menawarkan gaji rendah.

“Kami rasa tidak puas hati dan rasa teraniaya dengan apa yang telah dilakukan oleh PMCT. Ramai pemandu bas terpaksa bersetuju dengan jumlah tersebut disebabkan bimbang tiada duit untuk tampung keluarga serta anak-anak yang masih kecil.

“Pekerja asing pun boleh mendapat gaji lebih daripada itu, takkan kami yang telah bekerja lebih 10 tahun dibayar gaji rendah semata-mata penukaran pengurusan,” katanya.

Jumlah tersebut katanya, tidak berpatutan berikutan tiada elaun tambahan serta terpaksa berkongsi komisen lima peratus dengan konduktor.

PMCT mengambil alih sepenuhnya pengurusan perkhidmatan bas henti-henti hari ini daripada 10 syarikat bas bagi menyelaras mutu perkhidmatan pengangkutan awam negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam baru-baru ini menjangkakan kerugian sebanyak RM14 juta setahun terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri demi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Kerajaan negeri dengan dibantu oleh enam agensi termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Yayasan Melaka berjaya mengumpul wang RM8 juta bagi pampasan dan pengambil alihan sembilan syarikat bas yang meliputi seramai 118 pekerja termasuk pemandu.

Dalam pada itu, bekas pekerja syarikat bas SKA Sdn. Bhd., Rahman Montel, 53, turut melahirkan kekesalan apabila tidak menerima pampasan daripada bekas syarikatnya itu.

Kata Rahman, sehingga kini bekas syarikatnya belum mengeluarkan senarai nama penerima pampasan seperti dilakukan oleh syarikat lain.

“Sebagai bekas pekerja, saya rasa teraniaya. Selama ini kita bekerja untuk majikan tetapi inilah yang dilakukan oleh majikan terhadap kami,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:36 PM | Show all posts
PMCT nafi tawar gaji pemandu bas RM850

MELAKA 1 Feb. - PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd., (PMCT) menafikan kononnya mereka telah memberi tawaran gaji pokok sebanyak RM850 bagi jawatan pemandu bas syarikat itu.

Pengurus Besar PMCT, Mohd. Farouk Mohd. Sultan berkata, sehingga kini lebih 80 pemandu bas telah bersetuju dengan tawaran itu dan menganggap dakwaan sesetengah pihak terhadap isu gaji sebagai sengaja mahu menimbulkan masalah.

"PMCT hanya menawarkan kerja kepada pemandu terlibat. Tujuan kita baik kerana ingin membantu dan memastikan bekas pekerja syarikat bas yang diambil alih oleh PMCT mempunyai pekerjaan.

"Kita bersikap terbuka dan memberi tawaran. Soal tidak puas hati terpulang kepada mereka kerana kami tidak membuat paksaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Melaka Sentral di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengurus Operasi PMCT, Abdul Wahid Abdul Majid.

Menurutnya, jumlah gaji pokok yang ditawarkan ialah RM500 di samping tawaran kerja lebih masa dan lima peratus komisen.

Mengulas tentang perhimpunan secara aman yang dilakukan oleh sekumpulan pemandu bas, katanya, tidak ada penumpang yang terkandas ekoran tindakan tersebut.

"Lebih 80 pemandu telah menandatangani perjanjian dan memulakan operasi bermula hari ini," katanya.

Sementara itu, kata Abdul Wahid, banyak bas yang diberikan kepada PMCT didapati tidak berada dalam keadaan memuaskan seperti keadaan tayar yang rosak dan bateri lama.

"Sebab itu ada bas yang tidak dapat beroperasi hari ini kerana keadaannya kurang memuaskan. Tetapi yang lain alhamdulillah boleh beroperasi seperti biasa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 05:00 PM | Show all posts
pemandu bas ni sudah kena kencing dgn kerajaan negeri melaka ke??
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 05:21 PM | Show all posts
gaji rm500?

kasihannya.............

ini negeri kaya umno....
kalau kelate yg miskin tu, boleh jugak I percaya....ish ish ish... ketam... ketam....{:4_186:}
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 05:50 PM | Show all posts
kalau offer kerja supir bas ni kpd mat indon atau mat bangla dengan gaji camtu, mereka pun tak nak...
mereka ada harga diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 06:30 PM | Show all posts
td br gi melaka sentral mkn mekdi..
duk berbual2 dgn sorang Auntie tgh tunggu bas ekspress nak ke ipoh..
dia ckp hari ni bas dlm bandar mogok...terpaksa dia amik teksi ..
pasal ni la ek..
pasal bas2 yg company2 tu punya..mmg hazab...yg ok skit yg bas Panorama la...
harap take over ni blh tingkatkan perkhidmatan



dr aku yg tak penah naik bas henti2 di Melaka...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 10:08 AM | Show all posts
Kerajaan Pusat beri subsidi perbatuan urus bas

MELAKA 2 Feb. - Kerajaan negeri boleh menarik nafas lega apabila beban menguruskan bas henti-henti di negeri ini diringankan dengan pemberian subsidi perbatuan RM1 bagi setiap kilometer (km) oleh Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bantuan subsidi perbatuan itu membantu melancarkan operasi bas di negeri ini selepas permohonan peruntukan berjumlah RM36 juta kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditolak suruhanjaya itu.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini terpaksa membayar pampasan berjumlah RM7.7 juta kepada sembilan syarikat bas bagi mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini.

Akibat daripada pengambilan operasi itu katanya, kerajaan negeri menjangkakan akan mengalami kerugian berjumlah RM14 juta setahun.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat sebab sudi membantu melancarkan operasi bas henti-henti di negeri ini dan walaupun permohonan peruntukan daripada dana SPAD ditolak.

''Kerajaan negeri tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, bagi memastikan keselesaan pengguna, kerajaan negeri merancang untuk membeli 131 bas baru bagi menggantikan bas usang dan tidak sesuai untuk digunakan.

Bagaimanapun katanya, bas baru itu akan ditukar secara berperingkat-peringkat dengan fasa pertama membabitkan perolehan 30 bas baru April ini.

"Pada masa ini sebanyak 10 bas Panorama milik anak syarikat kerajaan negeri iaitu PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd, (PMCT) akan digunakan bagi menampung keperluan dan 110 bas lama milik syarikat yang telah diambil alih juga akan dikekalkan laluannya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 10:11 AM | Show all posts
PMCT kaji skim gaji pemandu bas henti-henti

MELAKA 2 Feb. - Rasa tidak puas hati 50 pemandu bas henti-henti terhadap gaji yang ditawarkan oleh PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd., (PMCT) tidak sepatutnya timbul kerana ia sama dengan pendapatan yang ditawarkan syarikat lama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, skim gaji PMCT yang mengambil alih pengurusan perkhidmatan bas henti-henti daripada 10 syarikat bermula semalam membolehkan pemandu menikmati gaji bulanan antara RM1,300 hingga RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Menurutnya, gaji pokok yang ditawarkan ialah RM500 sebulan tidak termasuk komisyen perjalanan dan tiket.

''PMCT tidak boleh menawarkan gaji tetap seperti kakitangan kerajaan walaupun syarikat itu di bawah kerajaan negeri.

''Mana-mana operator bas tidak pernah menawarkan gaji tetap seperti kakitangan kerajaan sebaliknya sudah menjadi amalan tawaran gaji pokok selain ganjaran komisyen tiket dan perjalanan.

''Kita dah bagi tahu gaji yang ditawarkan apabila PMCT mengambil alih pengurusan bas henti-henti tidak kurang daripada gaji yang mereka perolehi sewaktu bekerja dengan syarikat bas lama ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan mengejut dan berjumpa pemandu terbabit di Terminal Bas Melaka Sentral di sini semalam.

Mohd. Ali menegaskan, beliau menerima semua cadangan yang diminta oleh pemandu bas terbabit termasuk gaji pokok antara RM800 hingga RM8,000 sebulan.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan gaji pokok termasuk komisyen tiket dan perjalanan akan dinaikkan bergantung pendapatan dalam tempoh tiga bulan perkhidmatan bas henti-henti diuruskan oleh PMCT.

''Jika dalam tempoh itu pendapatan meningkat, kita akan mempertimbangkan untuk menaikkan gaji pokok tetapi sebagai permulaan ini mereka menikmati gaji lama tetapi dengan sedikit kenaikan berbanding sebelum ini," ujarnya.

Katanya, setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan di meja rundingan dan tidak perlu pemandu untuk mengadakan mogok hingga boleh menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 10:23 AM | Show all posts
PMCT kaji skim gaji pemandu bas henti-henti

MELAKA 2 Feb. - Rasa tidak puas hati 50 pemandu bas  ...
along3746 Post at 3-2-2012 10:11



    komisen perjalanan tu antara sbb nape driver bas bwk cam dirasuk hantu..lg byk trip lg byk komisen..sistem kuno yg hanya untungkan syarikat bas tp membahayakan penumpang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.091123 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list