CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

'Najib tak perlu layan debat'

[Copy link]
Post time 27-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Dr Mahathir sifat cadangan platform Ketua Pembangkang cari  populariti\rALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayan cadangan untuk mengadakan debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, kerana ia tidak memberi kesan untuk merubah pendirian pembangkang. \r\n\n\n\n\r  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tidak ada keperluan  Perdana Menteri berdebat dengan individu seperti Anwar kerana semua menyedari sikap Ketua  Pembangkang itu yang suka memburuk-burukkan nama negara kepada dunia luar.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, Anwar akan menjadikan pentas perdebatan berkenaan sebagai platform untuknya meraih populariti politik dengan mempamerkan sikap ‘bengisnya’.\r“Buat apa (debat) semua orang sudah tahu dan jika debat itu dibuat ia tak akan merubah pendirian mereka (pembangkang). Lainlah kalau dia (Anwar) sependapat dengan kerajaan berhubung isu  dibangkitkan.\r“Tak perlu layan orang seperti Anwar dan kalau buat pun semata-mata dia nak tunjuk bengis,” katanya pada sidang media selepas Program Bicara Tokoh anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, semalam.\rDr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian untuk menganjurkan perdebatan antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang berhubung dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.\r\n\n\n\rDitanya sama ada cadangan debat berkenaan mampu menjadi transformasi politik baru  dalam negara, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini sudah selesa dengan model politik sedia ada.\rDalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih relevan kepada pelajar yang  tidak tahu menghargai peluang yang harus digunakan sebagai  mahasiswa. \rKatanya, kerajaan tidak pernah melarang pelajar  mengadakan debat dalam kawasan universiti tetapi ia perlu dikawal.\r“Lebih menyedihkan  yang  sering terbabit  demonstrasi adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu. Justeru,  bagi saya AUKU tak relevan jika mahasiswa tahu jaga diri,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.065859 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list