CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

13,500 bekas tentera tak berpencen hidup melarat

[Copy link]
Post time 26-1-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Lebih separuh daripada 13,500 bekas anggota tentera yang tidak berpencen di Sarawak hidup di bawah garis kemiskinan selepas mereka gagal mendapat pekerjaan sesuai sebaik saja menamatkan perkhidmatan antara 13 tahun hingga 18 tahun.Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak, Leftenan Kolonel Monday Juhid, berkata ada antara bekas tentera terbabit sukar dikesan kerana tinggal jauh di pedalaman dan ada yang tidak mempunyai alamat tetap.\n\n\n\n  Berikutan itu, katanya, banyak bantuan termasuk latihan kemahiran bersesuaian untuk membantu menjana pendapatan, sukar disalurkan kepada mereka.\n\n\n\n\n\n  Beliau berkata, masalah timbul apabila kebanyakkan bekas anggota tentera  tidak berpencen enggan mendaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) kerana beranggapan tiada faedah diperoleh apabila menyertai persatuan itu.“Mereka  silap dan tidak tahu apabila mendaftar dengan PBTM, lebih mudah  JHEV mengesan mereka dan menghulurkan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup. Ekoran sikap inilah menyebabkan    60 peratus daripada jumlah anggota tentera tidak berpencen hidup di bawah paras kemiskinan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis majlis penyampaian bantuan kebajikan kepada veteran oleh Panglima Tiga Briged Infantri, Brig Jen Hasagaya Abdullah, di pejabat JHEV Sarawak, di sini, semalam.Monday berkata, bekas anggota tentera   harus sedar tanggungjawab  mengubah taraf hidup mereka selepas meninggalkan perkhidmatan dengan memanfaatkan peluang disediakan kerajaan menerusi JHEV atau Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), bukannya membiarkan keluarga hidup dalam kesusahan.\n\n\nSehubungan itu, beliau berkata JHEV dengan bantuan 18 cawangan PBTM di seluruh negeri ini akan melaksanakan program untuk mencari dan mendaftar  7,000 lagi bekas anggota tentera yang gagal dikesan selepas mereka menamatkan perkhidmatan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.117934 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list