Post Last Edit by GuaAnakMelaka at 15-1-2012 19:49
http://4.bp.blogspot.com/-Qu69QWKyV24/TxK1S5BEtmI/AAAAAAAAEb4/EN7XI1dv-8w/s1600/forex%2B2.jpg
Tahukah anda sebenarnya urusniaga FOREX menggunakan platform di internet untuk mendapat keuntungan adalah HARAM hukumnya.
Sebarang bentuk urusniaga FOREX yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan hukumnyaHARAM!!!
Ia terlibat dengan riba' dan gharar, perkara yang amat ditegah di dalam Islam.
Transaksi antara matawang dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan ‘Riba an-Nasiah’ yang diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Ia juga adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI).
Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’, Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya’quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.
Bukan sahaja hukumnya HARAM di sisi Islam, kerajaan Malaysia melalui Bank Negara juga menegah rakyat Malaysia daripada melibatkan diri dalam bidang ini. Hanya individu atau agensi yang berlesen sahaja dibenarkan membuat urusniaga FOREX.
Fikirlah... usah berikan anak, isteri dan ahli keluarga anda makanan daripada hasil pendapatan yang haram.
Mungkin anda masih memerlukan pendapatan sampingan untuk menyara diri dan keluarga.
Ya, akibat kos sara hidup yang tinggi dan lebih-lebih lagi harga barangan keperluan kerap meningkat saban masa, pendapatan bulanan semakin tidak mencukupi.
Usah babitkan diri lagi dengan urusniaga FOREX yang sudah ternyata HARAM hukumnya.
Marilah kita berniaga dan melakukan perniagaan yang halal
Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran
Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.
Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi’ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”
sumber : zaharudin.net/fatwa islam antarabangsa.
BERNIAGALAH WALAUPUN UNTUNG 1 SEN jika ianya halal dan jauhkan bisnes haram walaupun untung BERBILION2...............
|