CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15693|Reply: 140

Pendatang asing yang kurang ajar!

   Close [Copy link]
Post time 13-1-2012 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by anah87 at 13-1-2012 10:09

Onar dalam tren

KUALA LUMPUR: Ramai wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter rimas apabila ada warga asing yang bukan hanya menggunakan koc yang dikhaskan untuk mereka, tetapi juga mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh.
  Pemantauan Metroplus selama dua minggu terhadap perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendapati lebih separuh pengguna perkhidmatan itu rakyat asing manakala warga tempatan ramai menggunakannya pada waktu puncak iaitu ketika orang ramai pergi dan pulang daripada bekerja.

  Perkara itu diakui Pegawai Operasi Utara Wilayah Tengah KTMB, Mohammad Fudzi Othman, yang berkata hampir 30 peratus pengguna tetap komuter ialah warga asing.

  “Kami tiada masalah untuk memberikan perkhidmatan ini kepada sesiapa saja termasuk warga asing, namun kerap kali aduan diterima mengenai perilaku tidak sopan warga siang.

“Seperti sekarang kemudahan koc wanita disalah guna lelaki yang kebanyakannya warga asing dan alasan mereka, tidak sedar atau terlepas pandang notis arahan yang ditampal,” katanya.


  Pengangkutan awam terutama bas dan komuter menjadi pilihan utama warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Afrika disebabkan ia murah dan mudah untuk sampai ke destinasi.

   Pengguna, Nurul Izzah Wahidul Azam, 23, berkata dominasi warga asing dalam penggunaan pengangkutan awam mungkin memberi keuntungan kepada penyedia pengangkutan, tetapi masalah yang ditimbulkan mereka perlu diberi perhatian.

  “Bagi wanita, berhimpit dengan mereka ketika menggunakan komuter kadangkala merimaskan dan boleh membuat saya hilang sabar apabila ada di antara mereka yang suka melakukan perkara tidak senonoh seperti mencabul dan meraba,” katanya.

   Mohd Rabiq Abdullah, 24, pula berkata ramai warga asing yang memilih menggunakan perkhidmatan awam kerana tambang murah.

  “Saya terkilan kemudahan yang sepatutnya disediakan untuk kami menjadi pilihan warga asing, malah mereka lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini sehingga kami berasa terpinggir.

  “Saya berharap akan ada kelainan caj tambang terhadap warga tempatan dan warga asing supaya kemudahan ini dapat terus digunakan orang yang sepatutnya,” katanya.

  Sementara itu, Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, berkata perlunya pengasingan kemudahan pengangkutan bagi warga tempatan dan warga asing dalam usaha menggalakkan kemudahan itu terus digunakan rakyat Malaysia.

  “Tidak dinafikan ramai warga asing menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kerana mereka mengambil kesempatan terhadap wanita setiap kali keadaan di dalam koc atau bas sesak dengan cubaan mencabul dan meraba.

  “Selain pengasingan koc untuk wanita, koc bagi warga tempatan juga ada baiknya diasingkan bagi memberi keselesaan terhadap mereka yang dibimbangi boleh menimbulkan masalah dengan sikap biadab segelintir warga asing,” katanya ketika dihubungi.

  Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Azhar Ahmad, ketika dihubungi berkata masalah pengangkutan awam yang banyak digunakan warga asing di luar bidang kuasa pihaknya untuk menghalang.

  “Kami sedar masalah ini banyak mengganggu pengguna warga tempatan yang tidak selesa kehadiran mereka, namun ini kemudahan paling cepat dan senang untuk mereka naiki kerana masing-masing tidak memiliki kenderaan.

  “Perkara ini akan dibawa ke dalam kajian yang kami lakukan dengan satu cara akan mengusulkan kepada pengusaha pengangkutan awam untuk mengenakan tambang berlainan di antara warga asing dan tempatan dengan pengwujudan pas bulanan yang turut boleh mengesan data status seseorang.

  “Selain itu, kajian mengenai kadar tambang yang digunakan sekarang juga dijalankan berikutan peredaran zaman kini dengan semua kadar barangan dan kemudahan semakin meningkat,” katanya.

sumber:mymetro

Sy buat poll ni sbb sekarang byk berita sekarang pasal kebanjiran warga asing yg berleluasa di M'sia ni.Pelik juga dgn penguatkuasa negara kita ni seolah amik remeh je ttg isu ni..

Sy saja amik contoh berita ni sbb sy sdiri penah kena raba ngan warga asing ni dlm train.masa tu mmg sesak dlm train sbb malam tahun baru.sy dan kawan2 nak pergi klcc.klu naik kete takut jammed.so nak try la naik train.Itulah kali pertama dan kali terakhir sy naik train.Fobia sey.
Multiple Polls: ( Max 4 choices ), Total 199 Users voted View Voters
33.10% (144)
7.59% (33)
29.20% (127)
12.87% (56)
1.84% (8)
1.38% (6)
0.69% (3)
8.51% (37)
3.68% (16)
1.15% (5)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2012 08:58 AM | Show all posts
boleh vote baper byk ye...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 08:59 AM | Show all posts
saya cadangkan KTMB sediakan beberapa koc yg khas buat bukan warganegara.kalau koc pompan kaler pink, buat la koc bukan warganegara kaler ijau ke, itam ke
pastu sediakan petugas untuk beritahu koc mana mereka kena naik
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 08:59 AM | Show all posts
nampaknya Malaysia pun perlu jugak mendidik warga asing spy pandai dan berhemah ketika menggunakan pengangkutan awam di Malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:00 AM | Show all posts
Masalahnya msia ambik grade F punya sebab nak bayar murah.
You pay peanuts you get monkey.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:12 AM | Show all posts
setakat bg 1 je pilihan x mau undilah {:4_192:}
apa TT igt dr 3 juta pendtg asing kat sini cuma dr satu kaum / negara je ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2012 09:16 AM | Show all posts
takleh vote utk multiple choices
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:19 AM | Show all posts
aku nak vote byk...xdpt...xnak r vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2012 09:19 AM | Show all posts
letak petugas/polis bantuan je la... pastu tegas la sket...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:21 AM | Show all posts
boleh vote sekali jer
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:23 AM | Show all posts
nampaknya Malaysia pun perlu jugak mendidik warga asing spy pandai dan berhemah ketika menggunakan p ...
mysara Post at 13-1-2012 08:59



Tak terdidik Sara.. derang ni mmg kategori lemau. Jenis buak dek je.
Kalau masuk LRT/monorel pun x reti nk beratur. Kalau berdiri dan ada org bgn nk kuar dr tren.. sanggup meredah sesak semata nk kejar seat kosong tu walaupon jauh.
Gamaknya bg derang segala peraturan yg ada kat M'sia ni khusus tuk warganegara je kot.. bukan tok derang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:25 AM | Show all posts
OF COURSE LA MAT HENDON!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:28 AM | Show all posts
dalam ramai2 anak jantan yang tunggu tren tu.xde sapa ka yang berani tegur dorang ni masuk koc pompuan.jantan mesia semua tadak tulur kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:30 AM | Show all posts
sbb x leh wat multiple choices so kat bwh disenaraikan mengikut gred
1. awang hitam/negro - berlagak/ganas/penyangak/terkutuk:@
2. indon - cam belanda dpt tanah
3. bangla /india - tgk pompuan cam nak telan.. menakutkan
yg lelain tu biasa2 jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2012 09:34 AM | Show all posts
saya cadangkan KTMB sediakan beberapa koc yg khas buat bukan warganegara.kalau koc pompan kaler pink ...
c===8 Post at 13-1-2012 08:59



    buat la kaler apa pn utk deorg tu..mmg xjalan..xde pemahaman bahasa,kaler,tulisan dan arahan pn..bila kena marah dia buat derk je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:35 AM | Show all posts
dalam ramai2 anak jantan yang tunggu tren tu.xde sapa ka yang berani tegur dorang ni masuk koc pompu ...
5229 Post at 13-1-2012 09:28



    ktmb sediakan lh petugas unt memantau.........masing2 ada tugas. tingkatkan kecekapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2012 09:37 AM | Show all posts
setakat bg 1 je pilihan x mau undilah
apa TT igt dr 3 juta pendtg asing kat sini cuma dr  ...
alzan Post at 13-1-2012 09:12



    dah edit..sy br 1st time wat poll..hehe..sy budak baru belajar klu salah tlg tunjukkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:38 AM | Show all posts
ktmb sediakan lh petugas unt memantau.........masing2 ada tugas. tingkatkan kecekapan.
satriastendet Post at 13-1-2012 09:35


dah tu yg ada lagi jantan masuk dalam koc pompuan apekehe?patut petugas tu dikasik rotan jer.piak mana2 yg degil..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:39 AM | Show all posts
len kali suruh je ktm buat 1 gobok utk puak2 ni.. apa susah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2012 09:40 AM | Show all posts
takleh vote utk multiple choices
siputsedut Post at 13-1-2012 09:16



    dah edit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080624 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list