CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13214|Reply: 15

Klinik/MC Untuk Gynaecological Examination

[Copy link]
Post time 10-1-2012 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cinta_ungu at 10-1-2012 22:09

Ada sesiapa yang pernah jalani pemeriksaan kesihatan berkala untuk:

- Pelvic examination & pap smear
- Breast examination
- Breast & pelvis ultrasound


untuk penyakit2 wanita macam kanser servik, kanser payudara, penyakit kelamin, cyst & sebagainya. Pendek kata, pemeriksaan lengkap yang diperlukan untuk wanita terutama yang dah kawen.

Soalannya:

1. Kat mana buat pemeriksaan (klinik/medical centre)?
2. Berapa bayaran?
3. Dari segi layanan & penerangan doktor, ok tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 11:58 AM | Show all posts
apa kata TT pergi ke setiap klinik pakar puan dan mana2 medical centre bertauliah untuk dapatkan penjelasan lanjut berkenaan soalan TT itu...
biasanya jika anda pergi ke saluran yg tepat, pasti anda akan mendapat jawapannya...

kalau TT malas, anda masuklah ke bod keibubapaan atau bod kesihatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 12:08 PM | Show all posts
Reply 2# courtney_xo

sebenar nak survey dulu. nak cari klinik & doktor yang ok tapi tak adalah mahal sangat. nak survey pergi klinik/hospital, jenuhlah mengangkut anak. saya ada email beberapa klinik/hospital tapi tiada jawapan. Lagipun pemeriksaan ni perlu untuk wanita. Jadi nak tahulah kalau2 ada kawan2 kat sini yang pernah buat. Boleh juga bagi pandangan. Sebab ada jumpa dalam 1 forum, RM1K++ untuk pemeriksaan ni termasuk pemeriksaan kesihatan biasa kalau di Gleanagles jalan ampang. Kalau macam tu, tak mampulah saya ni. kalau bawah RM300, ok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:21 PM | Show all posts
Reply 1# funz_universe


   as-salam..adik ipar sy baru buat kat klinik pakar kerajaan utk 3 test tersebut bln lps..
nnt sy minta cerita dari dia ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 12:45 PM | Show all posts
Reply 4# AnnaHusna

W'salam.

Harap dapat berkongsi


yang terdekat dengan saya ialah hospital selayang. kalau mudah ke hospital gomen, ok juga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:37 PM | Show all posts
Salam.

Auntie cuba jawap utk Funs.

Jawapan bagi sesetengah soalannya:

1. Kat mana buat pemeriksaan (klinik/medical centre)?

Pelvic examination - tak pernah buat.
Pap Smear - Sime Darby Med Centre, Sunway Medical Centre, Assunta
Breast examination - Assunta
Pelvic utrasound - Tak pernah buat (kena buat ker?)

2. Berapa bayaran?

Auntie ambil under yearly medical checkup package - less than RM2k.

3. Dari segi layanan & penerangan doktor, ok tak?

Ok. Elok ler jika Funs byk menanya kalau tak faham atau curious,, so lebih byk dpt penerangan.

Fyi, mammogram tu sakit giler. My rationale is because the inventor is a man, jadi tak peka kpd keperluan wanita....hahaha...

Auntie's friend cakap buat kat Prince Court lebih baik sbb machinenya guna latest technology. Prince Court punya package price pun lebih kurang jer. Rasanya tahun ni, nak buat kat sana ler.

Hope the above info helps.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2012 02:47 PM | Show all posts
Reply 6# auntieagony

terima kasih berkongsi
cuma nak tanya, yang mamogram tu memang akan terus buat atau ada pemeriksaan awal oleh doktor dulu dan bila doktor suggest, baru buat mamogram?

sebab tak silap, mamogram ni yang mesin tu akan tekan breast kita masa periksa kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 05:24 PM | Show all posts
Sama-sama Funs.

Yg auntie buat tu, auntie masuk bilik doctor dulu. Tanya2x sikit soalan - like pernah buat mammo tak, family history - pernah tak ada ahli keluarga yg ada breast cancer dll.

Mammogram boleh dibuat tanpa doctor's suggestion/advice. Funs just pegi hospital dan minta utk pemeriksaan mammo ni.

Kalau just nak periksa mammo di hospital kjaan agak murah kosnya - anggaran RM100-RM200.

Yes, my dear - the machine presses your breast at all angles.... Mcm buat kueh kapit tu! Haishh... Kenapa lar inventor tu tak buat mcm bentuk tangan - selesa sikit.... Hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 08:09 PM | Show all posts
Reply 6# auntieagony


baru terfikir nak wat medical check ups nie....taktau nak buat kat Gleneagles or Prince Court...since auntie kata Prince Court better...nak gi Prince Court lah kalu camnie....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:29 PM | Show all posts
Dulu ada Pusat Mammogram kat Kg Baru
tak tau la sekarang ada lagi ke tak
tapi doktor dia lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:15 PM | Show all posts
selalu pergi kat klinik sakit puan di bangsar di jalan telawi satu deret dengan subway.
buat semua test kecuali pap smear & mamogram kena lebih kurang RM100 ++. Dr situ perempuan sikh sangat baik hati. Masa pergi check tu sebab rasa mcm ada ketulan kat breast lepas check tak de apa-apa.

Situ sebelum buat apa-apa treatment Dr akan bagitau harga rawatan dulu so dia akan tanya nak buat ke tak. Bagitau je budget berapa dia akan buat yang penting dulu lepas tu dia akan buat next treatment/check up following week/month ikut kesesuaian kita.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:26 PM | Show all posts
Reply 9# midori888

Salam Midori.

Bagus lah kalau Midori nak buat kat Prince Court.

I kinda like the place. When my son undergone minor ops kat sana last year and was hospitalised for 3D2N, auntie was very happy with the services provided. Setimpal dgn bayarannya. Hospital pun tak sesibuk SDMC or SMC and ada ample parking spaces. Cuma kena harungi Jln Tun Razak tu jer....

Hope you will experience gd services there. Insyallah dan Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 07:26 AM | Show all posts
Reply 12# auntieagony


sy pnh masuk emergency ward jer kat Prince Court tu auntie...mmg best tempat dia...sy hari2 lalu jalan tun razak tu...so dah biasa lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 08:20 AM | Show all posts
- Breast examination
- Breast & pelvis ultrasound

2 kat atas tu kat BP lab pun bole buat......situ pun ada doktor gak....
kalau breast tu dalam rm100++ saja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 09:21 AM | Show all posts
uolss..good thread..

ada tak hospital/klinik utk gynaecological exam ni area kajang/bangi/putrajaya/seri kembangan dan kawasan sekitar yang uols dah pergi...doktor baik dan explain byk2...dan tak maheiii sangat?

thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 10:45 AM | Show all posts
Hai TT..saya pernah menjalani pemeriksaan berkala semasa mengalami period tidak normal..
jawapannya ialah

1. Kat mana buat pemeriksaan (klinik/medical centre)?
buat kat bahagian sakit puan di hospital kerajaan

2. Berapa bayaran?
RM5 setiap kali appoiment dengan pakar
3. Dari segi layanan & penerangan doktor, ok tak?
sangat2 ok and doktor sangat caring.mayb sebab masa tu me masih muda remaja n hampir semua doktor pakar yg ditemui menunjukkan empati yg membuatkan me terharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.140830 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list