CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3987|Reply: 59

Drift Edisi Lagak Berani Kene Cekup

[Copy link]
Post time 6-1-2012 10:55 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Layan drift depan anggota kereta peronda. Begitulah lagak berani seorang pemilik Nissan Silvia yang sepatutnya digunakan untuk pameran kereta seperti seolah-olah mencabar peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan rondaan di Bandar Tasik Selatan, Cheras.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berusia 24 tahun itu terlupa penguat kuasa JPJ mampu menjejaki kenderaannya berdasarkan nombor pendaftaran digunakan.


Hasil intipan Unit Risikan Operasi JPJ Kuala Lumpur, pemandu kenderaan berkenaan dicekup bersama keretanya itu di rumahnya di Taman Connaught, Cheras kelmarin.

Pengarah JPJ Wilayah, Mohd Nadzri Osman berkata, ketika sepasukan anggota peronda JPJ sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka ternampak sebuah kereta jenis Nissan Silvia berwarna hijau yang diubah suai dan ketika cuba ditahan, pemandu kereta berkenaan sengaja memecut laju.


“Pasukan peronda yang mencurigai mengekori kenderaan berkenaan bagaimanapun pemandu terbabit menunjukkan keangkuhannya dengan mempamerkan aksi drift di hadapan kereta peronda sebelum melarikan diri.


“Bagaimanapun, melalui nombor pendaftaran kenderaan itu, Unit Risikan Operasi berjaya menjejaki kereta itu dan mencekup pemiliknya selain menyita kenderaan itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati keretanya itu kebiasaannya dipamerkan ketika pameran kereta di ibu kota bagaimanapun cara badan kereta dan ekzos itu tidak diubah suai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Beliau berkata, cara pemanduan drift di jalan biasa adalah kesalahan berat kerana ia bukan saja membahayakan pemandu itu sendiri malah pengguna jalan raya lain.


bengong punye budak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 10:57 AM | Show all posts
padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:01 AM | Show all posts
hahaha, buduh sangat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:02 AM | Show all posts
hahahahaha..
mongok sgt..
pdn mke ko...
igt JPJ nih xde akal ke..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:04 AM | Show all posts
die mesti da bangga satu kampung bila dapat lari dari jpj
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 11:04 AM | Show all posts
ade sesapa berani nak tiru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2012 11:05 AM | Show all posts
mana gambar budak tu?
aku dulu umur 24 thn naik beskal je mcm si baghal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 11:07 AM | Show all posts
mana gambar budak tu?
aku dulu umur 24 thn naik beskal je mcm si baghal
atira Post at 6-1-2012 11:05


gambar budak tak de.gmbr kereta jer ade...
aku umur dah lebih 24thn pn aku still naik beskal.exercise
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 11:12 AM | Show all posts
cheras drivers.


told u.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:13 AM | Show all posts
dan nomot plet dia menunjukkan PULAU ppl






dabel kedugongang kebengongangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:13 AM | Show all posts
layaknya jpj bawak naik jembatan pulau pinang tu... tolak jatuh jembatan ke laut jahhhh {:4_185:}
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:15 AM | Show all posts
kan bagus kalau JPJ buat macam nie kat semua lori muatan lebih , mat rempit dan semua kenderaan yang suka hati modifed kenderaan sampai menyusahkan orang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:17 AM | Show all posts
biasa nya, jenis yg jakun macam kambing terlepas kandang gini, adalah org2 kampung yg duk ulu ulu macam di kerdau, di jenderak sana. Bila ada duit sikit, dapat beli keta nissan sekenhen rejek jepun, duk bandar sikit, mula tunjuk eksen....  kalau dia tu pencen askar, lagi dasat dia punya drift.... biarpun keta skyline loan 9 tahun yg pintu belah kanan sudah reput berkarat....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:21 AM | Show all posts
apasal buruk sgt sport rim depan hijau, sport rim belakang merah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:23 AM | Show all posts
kan bagus kalau JPJ buat macam nie kat semua lori muatan lebih , mat rempit dan semua kenderaan yang ...
mikasa Post at 6-1-2012 11:15



Tu la pasal, nanti kalau Lisa kata abang2 JPJ mengangkang aja, mereka sentap, macam lah skuad perisik JPJ tu tak boleh trace ikut no plet, sebagaiamana mereja buat kat kereta Nissan Sylvia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 11:29 AM | Show all posts
apasal buruk sgt sport rim depan hijau, sport rim belakang merah?
LisaSurirumah Post at 6-1-2012 11:21



    felda pprt?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 11:33 AM | Show all posts
Serabut tgk kereta mamat ngok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:33 AM | Show all posts
nih serupa geng motor rxz tetiba dapat kawa er6 .....super jakun tahap gaban
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:34 AM | Show all posts
biasa nya, jenis yg jakun macam kambing terlepas kandang gini, adalah org2 kampung yg duk ulu ulu ma ...
toki_rompin Post at 6-1-2012 11:17


mana pulak ulu kawasan tu.... nnt ada KR1M tak lama lagi...


setaraf KL tu..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 12:10 PM | Show all posts
Hehehe, aku rasa aku tau kot sape budak umur 24 tahun tu... Anak somebody gak ar... Plat pun "1001" tu... Hehehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.282186 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list