CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

Kejohanan di negara Teluk penentu hala tuju musim 2012

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ABU DHABI: Kejohanan tiga hari di negara Teluk, bermula hari ini yang menawarkan AS$250,000 (RM791,375) hanya sekadar pertunjukan, tetapi tiga pemain ranking tertinggi dunia - Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer - menganggapnya sebagai penentu hala tuju musim 2012.\rMasuk tahun baru, pemain nombor satu dunia Djokovic pula mempertahankan tiga gelaran Grand Slam dan Nadal akan cuba mempertahankan emas Olimpik serta kejuaraan Terbuka Perancis, manakala Federer yang mencecah usia 31, masih bersemangat mengembalikan rentak kemenangannya.\r\n\n\n\n\r  Djokovic memenangi tiga daripada empat Grand Slam dan merangkul lima Masters tahun ini dengan rekod kemenangan 70-6 sepanjang tahun. Bagaimanapun menuju ke akhir tahun, rentaknya diperlahankan oleh kecederaan belakang dan bahu.\r\r\n\n\n\n\n   “Kejayaan tahun ini memberi saya keyakinan untuk kembali memenangi kejohanan. Kenapa tidak?” kata pemain Serbia itu yang mendakwa dia sudah berehat untuk memulakan saingan tahun depan dengan cemerlang.\r“Tidak masuk akal jika saya mahu memikirkan selain daripada perkara positif. Saya perlu percayakan kualiti dan kemampuan saya serta yakin dapat mengulangi kejayaan sebelumnya. Sudah tentu ia semakin sukar, tetapi tidak mustahil.”\rNadal yang terlepas ranking nombor satu kepada Djokovic tahun ini, percaya kejayaannya menerajui Sepanyol menjulang Piala Davis kelima menyalakan harapan untuk mengharungi musim 2012 yang lebih membanggakan.\r“Saya sering memberitahu diri saya, jika saya lakukan lebih sedikit, saya akan kembali berada di landasan kemenangan,” kata pemain 25 tahun itu. “Itulah perangsang saya. Saya perlu meningkatkan persembahan, dari Indian Wells ke Wimbledon dan seterusnya Sukan Olimpik yang mana saya perlu berada di tahap terbaik.”\r\n\n\n\rFederer pula lebih kepada perjuangannya menafikan dakwaan pengkritik yang mendakwa dirinya berada di penghujung karier selepas melepasi had usia 30 tahun ini.\rBekas pemain nombor satu dunia dari Switzerland itu memenangi kejuaraan pertama tahun ini di Doha pada Januari, sebelum muncul juara di Basel, Paris dan final Jelajah Dunia keenamnya.\r“Kecintaan saya terhadap pertandingan dan sukan ini memainkan faktor penting,” kata Federer. “Saya sering katakan, sebaik anda terfikir atau memutuskan anda tidak boleh meningkat lagi, anda perlu berhenti bermain.\r“Bagi saya, saya masih terasa ada banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki dalam permainan saya. Jadi saya masih bersemangat untuk masa akan datang ini.” Kejohanan tiga hari itu turut menampilkan David Ferrer, Jo-Wilfried Tsonga dan Gael Monfils. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.511025 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list