CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3919|Reply: 29

Dr. Mahathir dan Krisis Kewangan 1997/98

 Close [Copy link]
Post time 25-12-2011 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Dr Mahathir atasi krisis kewangan

Oleh Nor Mohamed Yakcop

MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini.


Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.



Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana!



Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina, dan tiba pada 1 Oktober.



Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku



Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan "tawaran" dan "penawaran" serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.



Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.



Laporan


Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia. Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.



Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.



Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.



Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.



Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai. Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir



Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat - cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.


Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2011 10:27 AM | Show all posts
Meneliti

Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu - sekurang-kurangnya dua jam sehari - bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.

Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik - anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!

Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.

Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga.

Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.

Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu - kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.

Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.
Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.

Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)

- Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 10:35 AM | Show all posts
sape penulis tuh? pakar ekonomi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 11:02 AM | Show all posts
tu barisan kedua tu ada nama penulis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan merangkap bekas Menteri Kewangan II,

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 11:15 AM | Show all posts
Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.


ape konsep@mekanisme yg buleh buat matawang naik bile dah di pegged?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 11:15 AM | Show all posts
tu barisan kedua tu ada nama penulis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan merangkap  ...
tai_digidestany Post at 25-12-2011 11:02



    ada nampak name tu tadi tp pikir2 macam penah dengar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2011 11:16 AM | Show all posts
tun bukan setakat berjasa kepada negara kita tetapi kepada negara2 jiran secara x lansung...
terima kasih tun!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 11:27 AM | Show all posts
baru ku tahu..jadi jangan mudah lupa pasa jasa TUN M...ilebiu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2011 11:41 AM | Show all posts
Terima Kasih Tun kerana memecat Anwar....kalau tak, sudah pasti Balaci2 pembangkang melayu sumer duduk dlm terowong kumbahan alam flora
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 11:52 AM | Show all posts
anwar nak jatuhkan tun dengan membuka kisah krisis kewangan tetapi dia telah terbuka pekong dia sendiri semasa dia menjadi menteri kewangan ...
mengingat kan semula rakyat kepada setiap tindak tanduk dia semasa menghadapi kejatuhan ekonomi akibat krisis matawang..
siapa penyebab krisis matawang tu? yang telah mengakibaktan kesengsaraan yang bukan sedikit.. kalau bukan sahabat baik anwar sendiri.. soros...
dan anwar juga lah yang sebok mempertahankan george soros
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 11:52 AM | Show all posts
sy suke Tun Mahathir n BN/UMNO yg lame(sebelum zaman Pak Lah yg lembab tu) tp sy xsuke BN/UMNO yg skrg nie ..boleh mcm tu??
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 12:06 PM | Show all posts
masa Tun M nak bersara dulu dah bc cerita ttg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 12:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by plamsat at 25-12-2011 12:51

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 01:00 PM | Show all posts
"Words are meant for communication, but too often they are used for miscommunication leading to confusion and chaos. To find the realities behind these illusions, distortions and misinterpretations is a challenge... "' - Tun Dr Mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 01:01 PM | Show all posts
Tak dapat bayangkan kalau masa krisis kewangan tu dulu (1997 & 1998) bukan Tun yang jadi Pm....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 01:26 PM | Show all posts
ape konsep@mekanisme yg buleh buat matawang naik bile dah di pegged?
ella. Post at 25-12-2011 11:15


dia maksudkan dengan kenaikan matawang serantau. Malaysia tidak termasuk kerana diikat RM3.80 = $1.00.

persoalan isu kegawatan ekonomi yang masih menjadi tanda tanya bagi aku sekarang kenapa di pegged kepada RM3.80?
bukan RM3.70, RM3.79, bukan RM3.90 dan bukan RM4.00.
Kenapa RM3.80?
Banyak dan puas buku ekonomi Malaysia yang berkaitan dengan kegawatan ekonomi 97/98 telah ku baca tapi masih lagi tiada jawapan.
Persoalan misteri kegawatan ekonomi 97/98 yang masih lagi menjadi pertanyaan.
Cuma Tan Sri Nor Mohd Yaakob dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz je ada jawapannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2011 01:31 PM | Show all posts
plamsat Post at 25-12-2011 12:49


gambar ni diambil semasa kedua-duanya bertemu pada tahun 2008 kalau aku tak silap.
masa ni, George Soros meminta maaf kepada Asia Timur dimana permohonan beliau diutarakan kepada Tun Mahaithir masa tu.
Time ni beliau melaburkan sejumlah wang untuk pelan strategik Asia kepada penampan kejatuhan ekonomi Amerika yang mula mengembang ke rantau Asia sebagai tanda usaha untuk meminta maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 01:33 PM | Show all posts
org kampung, melayu pprt felda mesti kagum baca ni .... dulu aku termakan gak bila dah banyak terdedah kat net rasa menyampah lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 01:40 PM | Show all posts
Tak dapat bayangkan kalau masa krisis kewangan tu dulu (1997 & 1998) bukan Tun yang jadi Pm....:funk ...
jazaa Post at 25-12-2011 13:01


Korea Selatan yang menggunakan IMF boleh pulih daripada ekonomi kerana ketelusan dalam pentadbiran dan perbelanjaan yang berhemah dan berdisiplin.

Thailand, Indonesia gagal kerana banyak rasuah, kronisme dan nepotisme yang diamalkan tidak seperti Korea Selatan yang menyebabkan Indonesia; terutamanya jatuh lebih dalam lagi ke dalam kegawatan ekonomi dan sekarang tahun 2011, diorang baru je nak timbul balik daripada kelemasan kegawatan 1997/98.

Malaysia tidak menerima IMF kerana:
1. IMF akan monitor perbelanjaan negara kita; maka perbelanjaan tak penting tidak perlu buat. Contohnya, bail-out company kroni

2. Ketelusan yang diamalkan akan mengantoikan banyak-banyak pihak yang makan besar selama ini.

Jadi, dalam konteks sebegini, Tun M melihat banyak bad side effect kepada negara secara keseluruhan; ekonomi, politik dan sosial; maka beliau memikirkan jalan yang lain yang lebih memihak kepada pihak kerajaan dalam menentukan dasar-dasar serta pengawalan monitoring terhadap sesuatu perkara dibuat oleh pihak kerajaan; tiada orang-orang luar akan masuk campur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 01:41 PM | Show all posts
kalo paklah jd pm masa tuh...kemudian dia tidoooooo jerrr kejanya

kalaolah anwar jd pm pd masa tuh....duk "berceramah" jer kejanyaa

kalaolah najib jd pm pada masa tuh....asyik duk berdampingan dgn bini jer kerjanya

kalaolah....

kalaolahh....





terima kasih tun M
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.159046 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list