|
Lima pasukan Liga Super, tiga Liga Perdana tak faham syarat FAM\rAKIBAT cuai dan kurang peka dengan syarat pengambilan pemain import ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), lima pasukan Liga Super dan tiga pasukan Liga Perdana terpaksa berputih mata apabila pemain import didaftar mereka tidak lulus untuk beraksi pada Liga Malaysia (Liga M) 2012.\r\n\n\n\n\r Daripada sejumlah 35 pemain import yang didaftarkan, hanya 26 pemain lulus manakala baki tujuh pemain diputuskan sebagai tidak layak dan dua lagi pemain ditarik balik pendaftarannya.\r\r\n\n\n\n\n Tujuh pemain yang gagal itu ialah Tito Fernando Da Silva Pinto (Johor FC), Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (FELDA United), Marquen Nuquen Goncalves (N Sembilan), Helmi Loussaief (PKNS FC), Richard Offiong (Johor) dan Sergey Ivanov (Pahang).\rManakala dua permohonan ditarik balik iaitu Tercio Nunes Machado (Terengganu) dan Oladimeji Mathew Talabi (NS Betaria) selepas mereka gagal ujian perubatan kerana menghidap penyakit Hepatitis B.\rKeputusan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM yang dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat, semalam.\r“Dua permohonan ditarik balik. Jawatankuasa juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat.\r\n\n\n\r“Syarat itu menetapkan bahawa status pemain ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah pemain harus dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia pemain dari Divisyen 1 dan ke atas,” kata kenyataan FAM, semalam.\rDengan keputusan itu, untuk Liga Super, hanya Kelantan dengan tiga import, Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, T-Team, Sabah dan Sarawak dua import dan Terengganu seorang import manakala tiada import buat Johor FC, FELDA United, PKNS FC, Kuala Lumpur dan Lions XII.\rManakala untuk Liga Perdana, hanya Sime Darby dan Tentera memiliki dua import, Pahang, Perlis, Johor dan MP Muar dengan seorang import manakala Polis, USM, Pos Malaysia, Harimau Muda B, NS Betaria dan MBJB tiada import.\rPendaftaran kedua pemain import hanya akan dibuka, April depan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|