CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17360|Reply: 42

Apa Nak Buat Kalau Suami Kawin Lain?

[Copy link]
Post time 12-12-2011 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tumpanglalu74 at 12-12-2011 10:56

Dari blog isteri UZAR (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)
http://ummuhusna99.blogspot.com/

11 December 2011

                                 BUKAN SEMATA PERASAAN!

Sungguhpun jiwanya pedih saat mengetahui perkahwinan kedua suami, namun dia menerima dengan pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa.


Sedangkan…..


Setiap saat guruh di langit berdentum hebat, tika bumi hampir bah ditimpa hujan lebat, dia memandang ke langit yang tinggi, menadah tangan ke hadrat ILAHI agar suami yang jauh dari mata kerana bekerja di perantauan selamat dan terpelihara dari sebarang bencana.


Bila ditanya mengapa dia pasrah menerima semua itu, dengan tenang dia menutur bicara :


“Kerana bernikah lagi secara sah menurut hukum agama, bukanlah satu perkara aib.”


Dia diasak lagi dengan persoalan yang menyentuh riak rasanya sebagai seorang wanita; sekali lagi, dia menjawab dengan jiwa kental seorang muslimah mukminah solehah :


“Selama ini saya tidak lelah berdoa kepada ALLAH, memohon supaya suami dipelihara oleh-NYA…lantas, bila mengetahui suami berkahwin lagi, membuatkan saya berfikir, jangan-jangan…..dengan suami bernikah kedua kali ini, adalah cara ALLAH mengabulkan doa saya, menjaga suami dari melakukan maksiat, atau supaya suami saya ada yang merawat nun jauh di perantauan sana…”

MasyaALLAH!



BUKAN SEMATA PERASAAN


Sahabat-sahabat, sebagai wanita@perempuan, kita dibekalkan oleh ALLAH SWT dengan kelebihan emosi dan perasaan. Dengannya kita mampu menananggung sakit ketika melahirkan, kita juga mampu bersabar dengan tangisan dan 'perangai' anak-anak yang berencam, dan pelbagai lagi 'mampu' yang terhasil dari kelebihan kurniaan-NYA ini.


Akan tetapi, ingin kuperingatkan diriku dan diri kalian, sahabat-sahabat yang kusayangi atas nama TUHAN Yang Maha Pengasih LAGI Maha Penyayang,


Banyak ketikanya, perasaan dan emosi ini jugalah yang mengeheret kita kepada lembah kedukaan. Cemburu melulu, ambil berat yang melebihi perlu, iri dan dengki bersatu hingga ada saatnya, ia umpama ledakan gunung berapi; menghambur lava amarah yang amat panas lalu melebur cinta dan belas kasihan menjadi debu berterbangan.


Kala itu, hidup dirundung duka hingga kolam matamu menumpahkan air jernih yang bertali arus.....dan saat itu, perasaan serta emosi bukan lagi aset berharga yang menjadikan dirimu istimewa.


Yakinilah....perasaan dan emosi perempuan tidak cukup untuk menjadikan dirimu teguh mendepani hari mendatang kerana rasa reda dan pasrah terhadap takdir-NYA tidak akan pernah mampu ditatang dengan semata perasaan dan emosi perempuan, tetapi ujian dan kedukaan yang menimpa itu mampu dipempan sebaiknya oleh perasaan yang dipatri kekuatannya dengan iman dan ketaqwaan.


Justeru, binalah benteng imanmu kala matahari memancar indah, ketika tawa dan riang masih mengulit kehidupan sebelum datang awan mendung yang menumpahkan hujan lebat, kerana ketika itu, hanya dengan benteng iman yang teguh dapat melindungi dirimu dari hanyut dan lemas dek limpahan banjir yang tidak mengenal belas.


Kita sebenarnya sentiasa diuji, baik ia berwajah gembira atau ia tiba dalam rupa sengsara....namun di akhirnya, hanya pemilik emosi yang tunduk pada Yang Maha Pencipta sahaja akan muncul sebagai juara!


Muhasabah bersama...


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


Jumpa lagi, InsyaALLAH.




Dicatat oleh Noraslina binti Jusin di 12:22:00 PM

Label: Dunia wanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 12:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 12:25 PM | Show all posts
pertama sekali... pastikan nafkah zahir & batin terjamin..... pastu pastikan jugak semua aset2 yg ada di tukar ke atas nama carly... sebab itu harta sepencarian dia dgn carly.... dgn isteri baru... sila cari harta sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 01:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by sherryda at 14-12-2011 13:56
pertama sekali... pastikan nafkah zahir & batin terjamin..... pastu pastikan jugak semua aset2 yg ad ...
carly_lah Post at 14-12-2011 12:25



setuju...nak LIKE carly..

Mmg pompuan bnyk kelebihan mengawal emosi, tahan mental, tahan diuji sakit mengandung, bersalin, jaga anak2..tp bila semua tu isteri dah buat sehabis baik, tp bila laki pulak carik lain tanpa alasan yg kukuh spt xleh preggy or isteri sakit,.....mmg xleh diterima.

Konsep adil bkn setakat nafkah batin je...kena adil serba-serbi..kalau rmh isteri A banglo, rmh isteri B pon mesti banglo..kalau rmh isteri A ada maid or driver, rmh isteri2 lain pon kena ada jugak...kalau duit poket isteri A RM15k, isteri B pon sama jugak begitulah utk isteri 3 & 4...barulah adil & saksama.

kalau dah x mampu tu jgn la kumpul isteri dlm satu rmh pulak, dah mcm reban ayam pulak or pusat penternakan, itu zalim namanya..nabi pon x buat mcm tu. Kpd laki yg nak bermadu sila pastikan poket anda tebal. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 01:55 PM | Show all posts
Reply 4# sherryda

tq sebab like... tp itulah konsep adil bg carly... dgn isteri pertama suami berjaya, bila dh berjaya sesenang nk cri perempuan lain??? sorry.... cari ler harta lain dgn perempuan tue......
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 03:36 PM | Show all posts
Hanya iman dan takwa  
Jadi pegangan
Barulah hidup mulia
...antara bait lagu kumpulan raihan ke ape....xingat akak.....

tepuk dada tanya iman
selebihnya i rest mycase
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2011 03:37 PM | Show all posts
ingatkan kat FD je ada topik cenggini..lari kat bod dunia wanita pun ada isu poligami ni..

hmm..saya ni tak la anti-poligami..takut nak memandai anti2, masa depan kita tak tahu..

kalaula suami saya nak menceburkan diri dalam bidang poli ni, saya tak marah (sekarang bolehla aku cakap..hehehehe), cuma..sila bayar balik semua unsur2 keduitan yang telah saya tolong bayar sepanjang kami berumah tangga...dah mampu katanya, bayarla balik..kalau tak mampu (selagi belum nak mempoli,kira tak mampu le tu..)saya dengan setulus ikhlas hati menghalalkan semuanya...saya kerja pun sebab nak tolong beliyau..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 03:53 PM | Show all posts
sedih...kenapa perempuan selalu di ambil kesempatan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 05:09 PM | Show all posts
Reply 1# tumpanglalu74

dalam perkelanaan memilih teman hidup..tak dinafikan ada yang berstatus suami orang cuba masuk line...

maaf..pasu pangkah siap-siap... {:4_236:}

tapi ada seorang hamba Allah yang terlepas masuk dalam hati pasu...

bila baca thread macam ni..pasu rasa tak sampai hati nak beri peluang kepada dia...


ps: terbermadah la pulakk.. {:4_227:}
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 06:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by Amaryscloset at 14-12-2011 18:50

Kaum Cina tidak membenarkan suami kahwin lain melainkan jika si suami nak simpan pompuan (simpan mistress ) atau cerai.. Istilah simpan pompuan adalah kerana perhubungan itu tidak dikenali / tidak diterima dari segi undang undang... Kalau si suami nak juga ada mistress atau perempuan simpanan kat luar, baik mintak cerai. Tapi sebelum cerai, semua hak milik akan dipindahkan kpd isteri (utk membela anak2).

Yalah dah banyak kes kes bisnesman yg berjaya akan pasang "isteri" kedua yg jauh lebih muda, lebih montok, biarkan isteri pertama yg sudah tua, sudah kedut keseorangan.... Muda muda sama susah, sudah berjaya, lupakan isteri..Sowwy yea.... kalau si suami nak pasang kedua, carik la harta semula.. tengok sama ada "bini" kedua tu nak melarat dgn dia tak... ... nak aje buat kat pompuan tu camne    
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 06:54 PM | Show all posts
saya tak kuat la nk menghadapinya so jika ianya berlaku (nauzubillah0 saya akan bercerai sebab rasenya tak sanggup nak hadap dan taat die selepas itu.....tak pasal2 masuk neraka.....better idup sendiri, memang sakit memula tapi insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:04 PM | Show all posts
saya tak kuat la nk menghadapinya so jika ianya berlaku (nauzubillah0 saya akan bercerai sebab rasen ...
ihtisyam Post at 14-12-2011 18:54



    sama la kita....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:24 PM | Show all posts
saya tak kuat la nk menghadapinya so jika ianya berlaku (nauzubillah0 saya akan bercerai sebab rasen ...
ihtisyam Post at 14-12-2011 18:54



betul tu..Amy pun setuju
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 07:31 PM | Show all posts
jauh sampai cerai berai
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:54 PM | Show all posts
Apa Nak Buat Kalau Suami Kawin Lain?

... meroyan sat,...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:55 PM | Show all posts
neeway,, ni rintihan hati isteri UZAR ke?

uzar ni kawen lagi?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 11:15 AM | Show all posts
selalunya wanita ssh nak terima suami kahwin lain sbb mereka possessive. mereka tak nak share sst yg jd kesayangan mereka.

mereka jd marah2 bila suami nak kawin lain sbb mereka mula di abaikan. dlm proses suami nak kawin lain tu, suami tu sibuk bercinta hingga mula lupa tanggungjawab sebagai suami. sebelum kahiwn lagi suami dah mula tunjuk ketidakadilan mereka..apatah lagi bila dah kawin kan?

tapi kalau suami tu buat cara yang betul, tak menganiaya isteri kemungkinan besar lambat laun isteri blh terima hakikat.

like my fren. dia dpt tau suami dia kawin lagi. dia mmg marah n sedih dgn suami smp nak pisah. tp suami dia pujuk dan dia realize, sepanjang bersama suami mmg tak pernah abaikan mereka. semua keprluan zahir batin cukup. lama2 hati dia sejuk.

lagi sorang, suami sibuk nak kawin lain tpi mula lupa keluarga. famili mula berantakan. suami sibuk bercinta dgn GF, bini jd tunggul kat umah. anak rindu papa. isteri tak izinkan suami kawin lain sbb dia tau suami tak mampu smp rujuk kat pejabat agama. depan kaunsellor suami boleh menipu mengata isteri yg bukan2. lambat laun mereka bercerai juga. bekas suami timang dua anak sekali, bekas isteri dan bakal isteri
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 02:07 PM | Show all posts
tak mampu la nak bkongsi2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 10:53 AM | Show all posts
sedih...kenapa perempuan selalu di ambil kesempatan?
Munnalicious Post at 14-12-2011 15:53

sbb kdg2 perempuan ni terlalu memberi ruang dan kesempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 12:04 AM | Show all posts
Pendapat saya 1. Mesti pastikan pilihan kedua suami tu lebih cantik dan lebih baik dr saya( tujuannya supaya suami tidah patah blk pd saya, sbb saya xkan bermadu sbb saya sahaja yg tau perangai suami saya samada dia mampu atau tidak )
2. Jika terjadi jgk , saya kena pastikan harta sepencarian saya dgn suami utk saya dan anak2 saya ( sbb saya telah bersama suami dr susah hingga ke senang )
3. Suami silalah cari harta lain utk yg ke 2, jgn sesekali usik yg sedia ada, biar isteri baru tau dia kena mulakan dr bwh jgk bkn hanya terus nak senang saje ats harta kami
4. Bila suami dah ada yg kedua maknanya dia tlh beri ruang utk org lain so utk apa tunggu lagi bila anda tidak dihargai, hidup sendiri adalah lebih baik sbb kita je yg tau bagaimana kehidupan kita dgn dia..org luar hanya mampu melihat ,yg mengalami adalah kita sendiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.110009 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list