View: 225|Reply: 0
|
Federer lebih yakin hadapi 2012
[Copy link]
|
|
Juara Final Jelajah Dunia ATP loncatan terbaik akhiri kemarau Grand SlamLONDON: Roger Federer percaya rekod kejuaraan enam kalinya pada Final Jelajah Dunia ATP bakal menjadi loncatan terbaik untuk mengakhiri kemarau Grand Slam pada 2012.\rFederer baru saja menamatkan musim ini tanpa sebarang gelaran Grand Slam buat kali pertama sejak 2002 tetapi bintang Switzerland itu akan memasuki kempen baru selepas 17 kemenangan yang memberinya peluang menjulang trofi di Basel, Paris dan kejohanan berprestij akhir musim di Arena O2 London.\r\n\n\n\n\r Meskipun pemain 30 tahun itu semakin tenggelam dalam pemburuan Grand Slam, Federer memberikan antara persembahan terbaik dalam kariernya dengan menumpaskan Rafael Nadal di peringkat kumpulan sebelum dicabar Jo-Wilfried Tsonga dalam final dengan kemenangan 6-3, 6-7 (6/8), 6-3.\r\r\n\n\n\n\n Juara 16 kali Grand Slam itu yang memenangi kejuaraan terakhir di Terbuka Australia 2010 - tidak mahu mengalah dalam kejohanan di tenggara London itu bagi membuktikan dia mampu bersaing dengan pemain terbaik.\r“Saya rasa saya bermain dengan hebat sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan itu memberikan saya lebih keyakinan untuk tahun depan,” kata Federer selepas merakam kejuaraan ke-70 pada final ke-100 dalam kariernya.\r“Bagi saya, ini adalah pengakhiran terbaik dalam karier saya, yang saya banggakan. Saya tidak sabar untuk menghadapi tahun depan.” – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|