CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3414|Reply: 7

Nazmi Faiz "budak bola Malaysia" akan ambil SPM tahun depan

[Copy link]
Post time 26-11-2011 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by DanIno at 26-11-2011 10:06

Muhd Nazmi Faiz ambil SPM tahun depan





KUALA LUMPUR: Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.
Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.



"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.


"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka," katanya. - BERNAMA

p / s : Nampaknya kerjaya sukan dia lebih diutamakan. Boleh skor dalam spm dan ambil critical course ke kalau macam ni? Kalau injured teruk ( mintak simpang ) macam Azrul Amri Borhan, Zaquan Adha dan Khairul Azman Mohamad macam mana dengan masa depan dia, tak ke terumbang ambing? Apa2 pun back up plan for the future mesti ada dik...Harap2 dia x terpengaruh dengan sesetengah seniors dia yg pergi disko, clubbing etc macam kes 6 budak disko tu....

Btw saya dah cari thread tajuk ni takde lagi, kalau dah ada mod tolong merge kan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 10:06 AM | Show all posts
stakat nih die main bagus.... tp SPM kene amik dik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 10:09 AM | Show all posts
yup, sijil SPM penting sbb kita tak tau masa depan so mesti ada Plan B......apapun semoga adik Nazmi Faiz Mansor berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi dan bersama2 rakan seperjuangan yg lain dlm mengangkat kembali martabat pasukan Harimau Malaya di persada Asia.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 10:09 AM | Show all posts
Kalau dia adik aku, aku akan tetap paksa dia ambil spm betul2, dan sambung pelajaran sambil main bola kat Uni macam sesetangah players kat Jepun dan Korea buat. No way for me nak benarkan dia fokus solely kat bola je, tambahan pula kat Malaysia ni dah ramai pemain yg terkena apabila injured teruk!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 10:31 AM | Show all posts
Bagi aku takda masalah pun dia tangguh spm ke apa. Antara belajar dan bersukan, mestilah dia nampak sukan. Dia pun sekolah sukan, dah tu dapat pulak call up malaysia masa umur sangat muda, bermakna tu antara titik bermakna hidup dia sebagai ahli sukan. Aku tak nampak macam dia tergesa nak ambik spm, dan apply universiti untuk jadi doktor dan engineer. Tapi spm kena ambik gak la, sijil basic yang mana setiap orang perlu ada.

orang malaysia, kalau sukan ni selalu orang pandang part time ja. tak macam orang jepun, epl, latin, sukan ni adalah salah satu kerjaya rasmi. Sebab tu sukan malaysia up slow. Performance diri setiap match adalah macam interview untuk apply kerja pejabat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:37 AM | Show all posts
pasal spm, tau la ssbj uruskan...cume skrg FAM kene cari at least 5 @ 6 org dlm first eleven yg same level mcm die...nak harapkan die sorang je, x jd ape2 bola malaysia..standard yg budak nazmi ni ade boleh bawak malaysian team same level dgn big2 gun asia...standard yg ade skrg cukup2 utk level asean je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2012 06:01 PM | Show all posts
Nahhh....! Dah taraf dunia ni...Harap2 ko jangan lah nanti sangkut dgn artis Malaysia  lepas tu kawin ,tau la bila duit dah banyak ...lepas tu main bola ntah kemana ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2012 12:38 PM | Show all posts
paper ni karut sangat, ada ke bagi rumours gaji nazmi ni rm300K per month. Gaji reserve players kat BPL pun lagi sikit drpd tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.261904 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list