|
KETIKA atlit negara yang memenangi pingat emas bakal menerima RM10,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), tetapi nilai emas dimenangi atlit tuan rumah Indonesia tampak lebih tinggi.\rDifahamkan, sebutir emas dimenangi atlit negara Merah Putih itu bernilai 200 juta rupiah (RM72,000) dan ganjaran tinggi itu antara usaha mereka menyuntik semangat atlit bagi memburu kejuaraan keseluruhan selepas kali terakhir memenanginya 14 tahun lalu.\r\n\n\n\n\r Ini bermakna tuan rumah itu perlu mengeluarkan peruntukan sebanyak RM13.1 juta untuk memberi insentif kepada atlit berdasarkan 182 emas dikutip mereka.\r\r\n\n\n\n\n Namun, atlit negara patut bersyukur kerana insentif RM10,000 yang bakal diterima itu adalah nilai baru selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu ganjaran RM5,000 diberi sebelum ini dikaji semula.\rJadi, berdasarkan skim baru ditetapkan April tahun lalu, atlit negara yang memenangi emas Sukan SEA akan menerima RM10,000 dan tambahan RM1,000 bagi rekod baru.\rBagi pasukan yang diwakili kurang lima atlit akan menerima RM10,000 bagi emas pertama dan selain daripada itu akan menerima habuan RM2,000.\rLagi berita menarik sepanjang Kejohanan Sukan Sea, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|