CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11027|Reply: 147

BANJIR.... info 24/11 muka #6

[Copy link]
Post time 22-11-2011 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by alzan at 24-11-2011 09:12

Terengganu, Kelantan mula dilanda banjir


2011/11/21KUALA LUMPUR: Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mula dilanda banjir di beberapa daerah, walaupun di Kelantan ia hanya banjir kilat.

Di Terengganu, tiga daerah dilanda banjir berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga hari ini dengan 47 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat petang ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri Terengganu berkata, di Setiu seramai 30 orang di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan di Masjid kampung itu.

"Di Hulu Terengganu, seramai 13 orang daripada tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Kolam manakala di daerah Marang empat sekeluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pengkalan Berangan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter), Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat melebihi paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).

Katanya, bacaan paras air di Kampung Langkap turut melebihi paras bahaya iaitu 22 meter (bahaya 21.5 meter) dan di Kampung Bukit 12.10 meter (12 meter).

Sehingga lewat petang ini keadaan cuaca di kebanyakan daerah ialah hujan renyai dan sesekali lebat.
Di Kelantan, walaupun daerah Kota Baharu dan Pasir Puteh hanya dilanda banjir kilat, tetapi penduduk di kedua-dua kawasan ini sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan barangan ke tempat yang lebih selamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Selain dilanda banjir kilat, hujan lebat dan angin kencang turut menyebabkan beberapa rumah di kawasan perkampungan nelayan di Pantai Sabak dekat Kota Baharu rosak apabila bumbung diterbangkan angin.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kelantan, Roslee Mamat berkata keadaan masih terkawal berikutan paras air sungai-sungai di negeri ini masih belum melepasi paras berjaga-jaga.

"Setakat ini banjir kilat di Kelantan kerana anak-anak sungai di beberapa kawasan telah melimpah selain masalah sistem perparitan," katanya. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terengganu_Kelantanmuladilandabanjir/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2011 01:48 PM | Show all posts
berita semlm juga melaporkan di melaka dan johor juga terlibat sama dah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:49 PM | Show all posts
yeahh... dah sampai masanya satu parti tuh datang.. hulur beras, tangkap gambor dan balik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 01:50 PM | Show all posts
(Bakal Banjir) Hujan Di Utara Dan Pantai Timur Semenanjung

KUALA LUMPUR – Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai Isnin sehingga Khamis, menurut Jabatan Meteorologi.

Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan tersebut boleh menyebabkan banjir.


Sementara itu angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah.


Angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti laut. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:51 PM | Show all posts
yeahh... dah sampai masanya satu parti tuh datang.. hulur beras, tangkap gambor dan balik....:laugh3 ...
totokreturn Post at 22-11-2011 13:49



kau ni totok...memang hebat...semua benda boleh kait dgn politik...elok sangat lah kau sparring partner dgn AN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 01:52 PM | Show all posts
yeahh... dah sampai masanya satu parti tuh datang.. hulur beras, tangkap gambor dan balik....:laugh3 ...
totokreturn Post at 22-11-2011 13:49



ni ha gula2 kali ke-3 dr parti yg ko ckp tu...


SEORANG wakil pertubuhan setempat menerima peruntukan bantuan banjirdaripada Chua Tee Yong (kanan) di Labis, baru-baru ini.

394 mangsa banjir terima wang ihsan

LABIS 21 Nov. - Seramai 394 mangsa banjir di Parlimen Labis menerima wang ihsan RM500 seorang pada Majlis Penyerahan Wang Ehsan Banjir Ke-3 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis dekat sini baru-baru ini.


Setakat ini, hampir RM1.3 juta wang ihsan banjir telah diagih-agihkan kepada 2,594 keluarga mangsa banjir di kawasan Parlimen tersebut iaitu yang pertama dan kedua pada Februari dan Julai lalu melibatkan RM1.1 juta kepada 2,200 mangsa.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong yang hadir pada majlis itu berkata, senarai penerima dan jumlah bantuan dinilai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Selama ini orang ramai keliru mengenai pihak yang bertanggungjawab meluluskan permohonan mereka. Saya harap selepas ini persepsi masyarakat akan bertukar mengenai perkara ini dengan tidak lagi menganggap orang tertentu dapat membantu mereka mendapatkan wang bantuan banjir," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mencadangkan supaya bantuan itu tidak diberi dalam bentuk wang tunai, tetapi boleh dilakukan dengan memberi pemotongan cukai pintu atau cukai tanah kepada mangsa banjir.

Seorang penerima bantuan, Kok See Foh, 55, gembira dengan wang bantuan itu dan berterima kasih kepada kerajaan yang mengambil berat mengenai nasib mangsa banjir.

"Wang yang kami terima mungkin tidak begitu banyak, tetapi ia mampu meringankan beban kami terutamanya ketika menghadapi penggal baru persekolahan hujung bulan depan," katanya.

Bagi Mohd. Atan Ali 77, bantuan itu yang pertama diterimanya dan bersyukur terpilih sebagai salah seorang penerima serta berharap kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir pada masa depan.

Arokiam @ Francis 62, dari Chaah menganggap pemberian itu sebagai rezeki yang harus disyukuri dan berharap ia mampu membuka mata pihak yang selalu bersangka buruk terhadap kerajaan.

"Kerajaan bersikap adil ketika membantu rakyat tidak mengira kaum atau fahaman politik. Contohnya, pemberian wang bantuan ini tidak mengambil kira siapa mereka, yang diambil kira hanya adakah mereka terlibat dengan banjir atau tidak," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2011 01:53 PM | Show all posts
kau ni totok...memang hebat...semua benda boleh kait dgn politik...elok sangat lah kau sparri ...
RedDevils Post at 22-11-2011 13:51



   skript dah siap awal2 laa kaka.. bila banjir, seperti besa, apa perlu buat.... bila kuar citer seleweng duit rakyat, apa pencacai perlu buat...meratib...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:55 PM | Show all posts
ni ha gula2 kali ke-3 dr parti yg ko ckp tu...


SEORANG wakil pertubuhan setempat meneri ...
alzan Post at 22-11-2011 13:52



   haaaaa.... see......see.. kaka doc... see.. betul dak aku cakap... kan dah buat dah acara tangkap2 gambor bila banjir...dolu, kini dan selamanya tetap sama....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2011 01:55 PM | Show all posts
yeahh... dah sampai masanya satu parti tuh datang.. hulur beras, tangkap gambor dan balik....:laugh3 ...
totokreturn Post at 22-11-2011 13:49



lagi....

UMNO tubuh pasukan khas di kawasan sering banjir


Mohamad Fatmi Che Salleh (dua kanan) menyerahkan jersi kepada wakil pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Fatmi di Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 21 Nov. - UMNO Bahagian Kota Bharu sentiasa bersiap sedia untuk membantu mangsa banjir di sekitar kawasan Parlimen ini sekiranya musibah itu berlaku.

Ketuanya, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, bagi memudahkan kerja-kerja membantu mangsa banjir, pihaknya akan membentuk pasukan yang akan bertugas di kawasan yang sering dinaiki air.

"Pasukan ini akan tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir seperti barang keperluan harian dan memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat.

"Saya harap banjir tidak berlaku pada tahun ini, jika ia berlaku kerajaan ada menyediakan peruntukan untuk membantu mangsa," katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Fatmi di Stadium Kijang Emas, Kompleks Sekolah-Sekolah di Wakaf Mek Zainab di sini semalam.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Rosmadi Ismail serta tiga pemain skuad Red Warriors 2012, Nor Farhan Muhammad, Azlan Ismail dan Zairul Fitree Ishak.

Dalam pada itu, Fatmi turut menasihatkan penduduk di sekitar kawasan Kota Bharu yang sering dilanda banjir supaya bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh.

"Jangan tunggu banjir baru nak buat persiapan, ini akan merumitkan keadaan. Jadi saya berharap penduduk yang sering terlibat dengan banjir membuat persiapan awal bagi mengelakkan masalah berlaku," ujarnya.

Mengulas mengenai penganjuran liga bola sepak berkenaan, Fatmi memberitahu ia bertujuan memupuk semangat cintakan bola sepak di kalangan belia selain mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan mereka.

Beliau berkata kejohanan tersebut akan berlangsung selama sebulan bermula Disember ini melibatkan lebih 100 penyertaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:58 PM | Show all posts
yeahh... dah sampai masanya satu parti tuh datang.. hulur beras, tangkap gambor dan balik....:laugh3 ...
totokreturn Post at 22-11-2011 13:49

hrp ahkak pink mampu mengharungi banjir... smbil kasi bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:58 PM | Show all posts
haaaaa.... see......see.. kaka doc... see.. betul dak aku cakap... kan dah buat dah acara t ...
totokreturn Post at 22-11-2011 13:55


Ala ko ni tok.....kang kalau org BN tak hulur sumbangan, ko kata org BN tido (macam Pak Lah )..makan gaji buta lah...

Bila dah bagi sumbangan, turun padang...ko cakap pakai skrip

Mana AN ni...uncleeeeeeeeeeeeeee...ohhh uncleeeeeeeeeeeee

~ kain pelekat jangan lupa di sebat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 01:58 PM | Show all posts
Reply 8# totokreturn

ko mampu ke bg bantuan mcm gitu   
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:59 PM | Show all posts
hrp ahkak pink mampu mengharungi banjir... smbil kasi bantuan
dino Post at 22-11-2011 13:58



  Kaka Red memang terharu lah kalau Hajjah kita tu sanggup membasahkan betis nya meredah air banjir yang hanyir tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 02:01 PM | Show all posts
sg lembing air tak naik lagi......bypass air pom tak naik lagi,,,tapi hujan pagi tadi sampai kol tghhari tadi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 02:01 PM | Show all posts
Kaka Red memang terharu lah kalau Hajjah kita tu sanggup membasahkan betis nya meredah air b ...
RedDevils Post at 22-11-2011 13:59

kite hrp camtu la PRU pun nak dekat
kite dgr cite kat batu 6 trg tuh... sblm banjir lg bg bantuan... bantuan cat rumah percuma.... syaratnya kaler biru yea...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 02:06 PM | Show all posts
mintak2 orang yang berkenaan tak kena banjir tempat bisnesnya...dan bisnesnya ok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 02:07 PM | Show all posts
sg lembing air tak naik lagi......bypass air pom tak naik lagi,,,tapi hujan pagi tadi sampai kol tgh ...
kucingTomey Post at 22-11-2011 14:01



AbeKuc, kuantan banjir tak? Kaka Red ingat awal bulan Dec ni ni gi sana...dah tak tau nak jalan mana lagi ni...nak gi Tgnu dah banjir..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 02:07 PM | Show all posts
kite hrp camtu la PRU pun nak dekat
kite dgr cite kat batu 6 trg tuh... sblm banjir  ...
dino Post at 22-11-2011 14:01



Baik suruh tepek sekali wallpaper lambang dacing kat dinding rumah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 02:08 PM | Show all posts
Reply 17# RedDevils


    kuantan setakat ni ok tak banjir lagi kaka red....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 02:10 PM | Show all posts
Banjir: 654 anggota Bomba Terengganu bersiap sedia



Seramai 654 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir besar pada tahun ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba negeri Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata mereka akan ditempatkan di 335 lokasi yang sering dilanda banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata pusat gerakan operasi juga sentiasa dibuka sebagai persediaan awal dalam menghadapi banjir musim tengkujuh, yang dijangka melanda negeri itu pada bila-bila masa.

“Kita telah membuat persediaan rapi menghadapi bencana banjir dan semua anggota telah diberi latihan bagi menghadapi banjir yang diramalkan teruk melanda negeri di Pantai Timur,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Mohd Rozairi berkata cuti pegawai dan anggota bomba juga akan dibekukan secara berperingkat jika banjir besar melanda negeri ini, dan jika kekuatan tidak mencukupi bagi menghadapi bencana ini, pihaknya akan meminta bantuan negeri lain.

Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Bencana Banjir bagi melicinkan misi bantuan kepada mangsa banjir di setiap daerah, khususnya proses pemindahan serta agihan bantuan keperluan harian.

Sebanyak 112 pangkalan hadapan disediakan iaitu dua di Kuala Terengganu, Kemaman (15), Dungun (sembilan), Besut (26), Hulu Terengganu (32), Marang (13) dan Setiu (15).

Turut disediakan 347 pusat pemindahan banjir yang mampu menampung lebih 51,000 mangsa pada satu-satu masa.

Sebanyak 25 pusat pemindahan disediakan di Kuala Terengganu, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (78), Marang (23) dan Setiu (35).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069990 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list