CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 1

Kecederaan Cech risaukan Czech

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:42 AM | Show all posts |Read mode



PRAGUE - Kecederaan penjaga gol Republik Czech, Petr Cech yang patah hidung sehingga terpaksa memakai topeng khas menjelang pertemuan menentang Montenegro bagi aksi kelayakan Euro 2012 esok, sedikit membimbangkan.Penjaga gol Chelsea itu mengakui tidak begitu bersedia beraksi dalam perlawanan tersebut selepas mengalami kece- deraan tersebut semasa menentang Blackburn dalam aksi Liga Perdana England, Sabtu lepas.

"Sejujurnya, saya tidak boleh beraksi jika perlawanan berlangsung hari ini (semalam)."Topeng ini dilihat mampu mengelakkan saya tercedera lebih teruk, namun pada masa yang sama, saya kurang pasti mampu memberikan persembahan seratus peratus.
"Ia sesuatu yang membimbangkan kerana saya perlu beraksi dengan baik ketika perlawanan playoff," katanya.

Jurulatih Czech, Michal Bilek yang sebelum ini kehilangan khidmat pemain tengah, Tomas Hubschman yang digantung perlawanan memberi- tahu, beliau berharap Cech benar-benar bersedia untuk diturunkan."Kehadirannya di atas padang benar-benar penting buat kami berdasarkan reputasinya selaku antara penjaga gol terbaik dunia," katanya.

Seandainya Cech tidak dapat beraksi, mahu tidak mahu Bilek terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol Hamburg, Jaroslav Drobny yang diturunkan buat pertama kali ketika Republik Czech seri 2-2 dengan Scotland sebelum ini.

Dalam pada itu, pasukan Montenegro terpaksa melupakan sentuhan tonggak pertaha- nan mereka, Marko Basa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 10:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.353684 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list