|
Shazwan, Norshahruddin, Farhan diberi keutamaanTRIO yang menjuarai acara regu Piala Raja Thai September lalu – Muhammad Shazwan Husin, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam – dijangka diberi kepercayaan untuk memikul cabaran negara dalam acara antara regu sepak takraw lelaki yang akan membuka tirai saingan di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, esok.\r\"Ketiga-tiga pemain ini adalah gandingan regu terbaik negara ketika ini dan kemungkinan besar saya akan menurunkan mereka sebagai pilihan utama,\" kata ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Jamaluddin Hassan, semalam.\r\n\n\n\n\r \"Selain prestasi mereka yang konsisten, trio itu juga adalah antara pemain paling berpengalaman dalam skuad dan pernah beraksi di Sukan Asia dan dua Sukan SEA.\" \r\r\n\n\n\n\n Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama Singapura, Vietnam dan Laos, akan memulakan saingan menentang Singapura dan Laos esok, sebelum bertemu Vietnam keesokannya, manakala Kumpulan A dianggotai tuan rumah Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei.\rAcara antara regu memerlukan setiap pasukan menyenaraikan lima pemain. Selain Muhammad Shazwan yang beraksi sebagai tekong, Norshahruddin (apit kanan) dan Farhan (apit kiri), Malaysia turut menyenaraikan Mohamad Fadzli Muhammad Roslan dan Mohamad Fazil Mohd Asri.\rMalaysia dijangka tidak bermasalah untuk menjuarai Kumpulan B dan diramal bertemu Indonesia di separuh akhir, kecuali negara tuan rumah itu melakukan kejutan dengan mengatasi Thailand untuk menjuarai kumpulannya.\rKali terakhir Malaysia memenangi pingat emas sepak takraw Sukan SEA ialah pada temasya di Filipina 2005, menerusi acara antara regu Normanizam Ahmad, Mohd Futra Abd Ghani dan Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|