View: 2732|Reply: 12
|
Mazhab Syafie perlukan Imam untuk Mazhab Syafie
[Copy link]
|
|
Persoalanya adakah tiada orang Islam yang layak menjadi Imam bagi Mazhab Syafie? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 11-11-2011 10:38
Salam...
Antara nama-nama Ulama yang ulung sebagai rujukan bagi umat Islam (Imam) secara umum dan juga yang masyhur sebagai Imam dalam Mazhab Syafi'i termasuk:
Imam Ibn Hajar Asqalani (rah) - Ulama/Pakar Hadith - Penulis Kitab Syarah Sahih Bukhari - Fathul Bari
Imam Ibn Kathir (rah) - Ulama/Pakar Tafsir/Sejarah - Penulis Kitab Tafsir Al-Quran Al-'Azeem
Imam Nawawi (rah) - Ulama Hadith/Fiqh - Penulis Kitab Syarah Sahih Muslim
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Imam Ibn Kathir (rah) - Ulama/Pakar Tafsir/Sejarah - Penulis Kitab Tafsir Al-Quran Al-'Azeem
mnm77 Post at 11-11-2011 10:17 AM
Apakah golongan Syafieyah di Malaysia akan menerima Ibnu Katsir sebagai Imam dalam Mazhab Syafeiyah? Atau mereka akan memwahabikan Ibnu Katsir ini kerana beliau juga adalah anak murid kepada Ibnu Taimiyah? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 11-11-2011 11:49
Apakah golongan Syafieyah di Malaysia akan menerima Ibnu Katsir sebagai Imam dalam Mazhab ...
Hang Post at 11-11-2011 11:31
Salam...
Saya tak pasti jawapan yang tepat bagi soalan En. Hang....
Setahu saya Imam Ibn Kathir juga menulis kitab-kitab Syafi'iyyah, maka adalah lebih jelas fiqh beliau menurut Syafi'yyah sekalipun beliau pernah berguru dengan Syaikhul Islam Ibn Taymiyyah (bukan Syafi'iyyah)
Ramai Ulama ASWJ dalam lingkungan 4 Mazhab utama masih terima Ibn Taymiyyah sebagai salah seorrang dari Ulama Muhaqqiqin, tetapi tidak mengikut pendapat peribadi Ibn Taymiyyah dalam hal-hal tertentu yang bertentangan dengan Ijma'. Konsep Ijma' pun boleh dibahaskan (pendapat yang menolak Ijma'), namun saya rasa tak sesuai di sini.
**mungkin ada kedengaran suara-suara yang melabel Imam Ibn Kathir sebagai Wahabi, tetapi setahu saya suara-suara itu jika dikaji kebanyakannya dari golongan Syiah atau Tarikat tertentu yang menjurus ke arah kefahaman Syiah**
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Saya tak pasti jawapan yang tepat bagi soalan En. Hang....
Setahu saya Imam Ibn K ...
mnm77 Post at 11-11-2011 11:46 AM
kerana selama berporum di sini, ramai golongan syafeiyah yang terkejut (atau pura-pura buat tak tahu) bila dikatakan demikian... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Syariat_Islam at 12-11-2011 13:20
Antara ulamak besar mazhab syafie yang pernah wujud ditanah melayu ialah:
- Syeikh Ahmad Darabi/ Syeikh Ahmad Refaie
- Syeikh Haji Fadhil Bantan ( Mufti Johor)
- Syeikh Daud Pathani
- Kiyai Haji Salleh Panglima Bin Karim
- Syeikh Abdullah Pahim
- Tok Peramu
- Tok Kenali dan ramai lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Senyum86 at 13-11-2011 06:51
Aku harap ada orang yang menjempu Ibn Kathir sebagai ketua atau Imam Mazhab syafie, Aku dah baca tafsir Quran Ibn Katsir "Allah menjawab setiap ayat quran yang dibaca oleh manusia". Tafsir tu Quran warna hijau ada lima jilid (Aku jumpa tafsiran tersebut kat surau institut jantung negara,KL)
Ulama-ulama yang menyebarkan Mazhab Syafii:
* Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari
* Imam Bukhari
* Imam Muslim
* Imam Nasa'i
* Imam Baihaqi
* Imam Turmudzi
* Imam Ibnu Majah
* Imam Tabari
* Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
* Imam Abu Daud
* Imam Nawawi
* Imam As-Suyuti
* Imam Ibnu Katsir
* Imam Dhahabi
* Imam Al-Hakim
http://www.youtube.com/watch?v=y ... ure=player_embedded |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, wali songo tu semua boleh di kira imam bagi mazhab syafie juga kan?
yg imam mekah tu, imam mazhab syafie jugakan? bukan ke negara kita dan arab kedua2nya ahlus sunnah? jadi ai confuse pula bila dikata mencari imam2? (confuse lalu bertanya ) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 14-11-2011 00:25
Aku harap ada orang yang menjempu Ibn Kathir sebagai ketua atau Imam Mazhab syafie, Aku dah baca tafsir Quran Ibn Katsir "Allah menjawab setiap ayat quran yang dibaca oleh manusia". Tafsir tu Quran warna hijau ada lima jilid (Aku jumpa tafsiran tersebut kat surau institut jantung negara,KL)
Senyum86 Post at 13-11-2011 05:17
Salam saudara Senyum....
Apakah yang anda maksudkan menjemput Ibn Kathir (rah)....? Beliau dah wafat lama dah....
Ulama-ulama yang menyebarkan Mazhab Syafii:
* Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari
* Imam Bukhari
* Imam Muslim
* Imam Nasa'i
* Imam Baihaqi
* Imam Turmudzi
* Imam Ibnu Majah
* Imam Tabari
* Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
* Imam Abu Daud
* Imam Nawawi
* Imam As-Suyuti
* Imam Ibnu Katsir
* Imam Dhahabi
* Imam Al-Hakim
Betul ke list di atas tu? Boleh beri sumbernya? Memang ada dalam list tu beberapa Imam yang ikut fiqh Syafi'i, tapi ada juga beberapa Imam Mujtahid (seperti Imam Bukhari) atau yang Imam-Imam tak declare ikut mazhab tertentu.
Ada bukti Imam Bukhari tu ikut fiqh Syafi'i? Saya pun nak tahu sumbernya.
Apa kaitan youtube tu dengan mazhab Syafi'i? Nampak macam mazhab Syiah pula?!!
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Mazhab Shafi'i ni, orang Asia Tenggara ajer yang pakai (lebih kurang)...
...
meritokrasi Post at 13-11-2011 17:30
Salam...
Tak juga... kat Sri Lanka ramai orang Islam mazhab Syafi'i, sekalipun di kat India majoriti Hanafi.
Kat negara Arab macam Yemen dan Mesir pun ada yang bermazhab Syafi'i, cuma tak macam Malaysia yang secara rasminya (umumnya) bermazhab Syafi'i.
Ada fakta sejarah menyatakan Islam sampai di Malaysia hasil dakwah orang Yemen (Syafi'i)... ada juga dari pedagang Gujerat, tapi orang Melayu mungkin terima Islam dari dakwah orang Arab
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab_Syafii
Apa kaitan youtube tu dengan mazhab Syafi'i? Nampak macam mazhab Syiah pula?!!
WAllahu a'lam
Bagi aku sama saja, sebab mereka berkongsi periwayat hadith yang sama (Bukhari Muslim) cuma hadith ada beribu-ribu lemon
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". |
|
|
|
|
|
|
| |
|