|
10 bulan tanpa gelaran ditebus apabila menjuarai Terbuka SwitzerlandBASEL (Switzerland): Roger Federer (atas) menamatkan kemarau 10 bulan tanpa trofi kejuaraan apabila menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori 6-1, 6-3 pada final Kejohanan Tenis Dalam Dewan Terbuka Switzerland, awal pagi semalam.\n\n\n\n Dengan penuh emosi, Federer berterima kasih kepada penyokong tempatan selepas meraih kemenangan kelima dalam tempoh enam tahun di kejohanan itu yang pernah menyaksikan dia menjadi budak pengutip bola.\n\n\n\n\n “Ia sentiasa menjadi detik terbaik buat saya setiap kali memenangi kejuaraan di sini. Harap kita berjumpa lagi tahun depan,” kata Federer.Bekas pemain nombor satu dunia itu mempamerkan penguasaan penuh untuk menyukarkan Nishikori, pemain ranking ke-32 yang menyingkirkan Novak Djokovic pada separuh akhir.“Dia terlalu hebat. Saya cuba memberikan yang terbaik tetapi dia tidak membenarkannya,” kata Nishikori, 21, yang menganggap Federer sebagai idolanya.Ia adalah kejuaraan ke-68 sepanjang karier buat Federer tetapi hanya yang kedua diraihnya musim ini. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|