|
KETUA jurulatih skuad Projek 2013, Mohd Dharma Abdullah optimis barisan pemainnya mampu menjinakkan Australia pada aksi pertama Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam ini.Biarpun tanpa kelibat dua tonggak utama serangan, Faizal Saari dan Firhan Ashaari namun Dharma yakin 18 pemain yang membawa cabaran pada kejohanan julung kali diadakan ini mampu mencapai sasaran layak ke pentas final.\n\n\n\n Katanya, di awal perancangan nama Faizal dan Firhan tersenarai dalam skuad utama namun atas nasihat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) yang mahu kedua-dua pemain itu memberi tumpuan kepada latihan bersama skuad senior maka khidmat mereka terpaksa dilupakan.\n\n\n\n\n \"Saya dimaklumkan oleh PHM betapa kedua-dua pemain itu perlu memberi tumpuan latihan bersama skuad senior bagi menghadapi Kejohanan Cabaran Juara-juara 1 di Afrika Selatan bermula hujung bulan ini.\"Saya akur dengan keputusan itu bagi mengelak kedua-dua mereka daripada mengalami kecederaan ketika beraksi di Piala Sultan Johor, dan terpaksa membuat rombakan kecil untuk menguatkan barisan pemain dengan menyenaraikan semula Kavin Karthik.Mengenai pertembungan menentang Australia, Dharma mengakui skuad itu tampak sukar untuk diatasi tatkala pernah tewas teruk 9-1 ketika aksi persahabatan di Australia, Jun lalu. “Namun itu cerita lama dan barisan pemain saya sudah bersedia beri tentangan,\" katanya.Mohd Dharma juga menegaskan kejohanan berkenaan adalah platform terbaik sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki Remaja Asia, Mei tahun depan di Melaka yang juga menjadi pemburuan tiket ke saingan Piala Dunia Remaja 2013 yang akan berlangsung di India.\n\n\n\nJadual hari iniKorea Selatan mln India - 4 ptgNew Zealand mln Pakistan - 6 ptgMalaysia mln Australia - 8 mlm(Semua perlawanan di Stadium Hoki Taman Daya)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|