|
BOLA sepak terus kecoh di Terengganu selepas Irfan Bakti Abu Salim berundur selaku ketua jurulatih, baru-baru ini.Semalam, lebih 1,000 penyokong tegar skuad Peteh itu mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan.\n\n\n\n Mereka berhimpun secara aman di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bermula jam 4.30 petang sebelum berarak ke Kediaman Seri Iman menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said campur tangan dan memecat pengurus pasukan berkenaan.\n\n\n\n\n Kumpulan itu membawa sepanduk antaranya tertulis, “Menteri Besar, kami sayangkan pasukan bola sepak Terengganu, tolonglah kami buat perubahan”.“Kerana mung Che Mat Jusoh bola sepak Terengganu bermasalah dari dulu hingga lening,” “Tiba doh masanya PBSNT berubah, tahun baru pimpinan baru dan berwajah baru.”Bagaimanapun, usaha kumpulan penyokong itu gagal kerana Ahmad dan pegawainya berada di Kemaman.Mereka mengugut untuk terus mengadakan demostrasi mendesak Che Mat melepaskan jawatan dipegang sejak 16 tahun lalu kerana kegagalan skuad Penyu menjuarai Piala Malaysia, 29 Oktober lalu.\n\n\n\nJurucakap kumpulan itu, Kairul Amri Salleh Fikri Al-Taranljani, 23, mendakwa kegagalan menjuarai Piala Malaysia menjadi punca Irfan Bakti berundur berikutan kegagalan Che Mat dan pengurusan pasukan menjaga kebajikan pemain.“Adakah patut kesebelasan utama pemain yang diturunkan malam itu ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang, manakala pemain simpanan diarahkan ke Stadium Shah Alam menaiki kereta sendiri dan Che Mat memberi alasan pemain berkenaan terpaksa diasingkan.“Pemain juga harus diberi tiket secara percuma untuk ahli keluarga mereka menyaksikan perlawanan akhir, tetapi mereka hanya menyaksikan perlawanan melalui kaca televisyen dan ada yang terpaksa membeli tiket sendiri di pintu masuk Stadium Shah Alam,” dakwanya ketika ditemui selepas mengetuai demonstrasi berkenaan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|