CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

MSN: 40-45 MOM: 50-60

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramalan pungutan emas tak sekata cetus persoalan\rSASARAN konservatif atau realistik?  Itulah persoalan yang timbul apabila Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan kontinjen negara yang akan beraksi pada Sukan SEA XXVI di Jakarta dan Palembang yang disingkap tirainya secara rasmi 11 November ini sekadar mampu memenangi antara 40 hingga 45 pingat emas.\r\n\n\n\n\r  Jumlah diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara semalam itu jelas tidak jauh berbeza dengan jumlah kutipan diperoleh dua tahun lalu di Laos apabila   membawa pulang 40 emas.\r\r\n\n\n\n\n  Lebih mencetuskan persoalan, sasaran itu lebih rendah daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang sebelum ini lebih berani dengan ramalan di antara 50 hingga 60 emas dan pengurus pasukan pula menyifatkan atlit mampu membawa pulang 60 emas. \rDan dengan jumlah atlit seramai 872 orang dan penyertaan dalam 39 jenis sukan kali ini berbanding 498 orang dan 24 sukan di Laos, adakah sasaran yang ditetapkan MSN itu boleh diterima?\rKetua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong bagaimanapun menafikan pihaknya mengambil langkah selamat dengan mengumumkan sasaran 40 hingga 45 emas itu, sebaliknya menegaskan ia realistik selepas mengambil kira pelbagai faktor.\r“Selain kita kehilangan beberapa atlit yang cedera dan bersara yang menjejaskan pungutan emas, kita juga perlu mengambil kira prestasi atlit semasa, selain beberapa acara yang sebelum ini mampu menyumbang emas tetapi tidak dipertandingkan kali ini.\r\n\n\n\n\r“Lagipun, kita juga mengambil keputusan ‘mengorbankan’ beberapa atlit dalam sukan subjektif seperti ratu wushu, Chai Fong Ying apabila menasihatkan mereka tidak mengambil bahagian kerana bimbang pengadilan yang berat sebelah yang boleh menjejaskan moral dan semangat mereka,” katanya.\rApapun, ‘ahli nujum’ mana yang membuat ramalan yang tepat hanya akan terjawab sebaik temasya dwitahunan itu ditutup tirainya 22 November ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049331 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list