CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

United turun tanpa kelibat Vidic

[Copy link]
Post time 2-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Anak buah Ferguson sedia ketepi detik aib di Old Trafford\rMANCHESTER: Manchester United kembali beraksi di laman sendiri yang menyaksikan mereka diaibkan dalam liga tempatan apabila menentang Otelul Galati pada saingan Liga Juara-Juara hari ini, tetapi tanpa khidmat kapten Nemanja Vidic yang menjadi tonik pemulihan pasukan.\r\n\n\n\n\r   Pertahanan tengah itu diperintah keluar padang ketika kedua-dua pasukan bertemu di Romania awal bulan lalu, bermakna dia terlepas aksi perlawanan Kumpulan C di Old Trafford yang menyaksikan United dimalukan pendahulu Liga Perdana Manchester City, 6-1 minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\n   Kekalahan itu menyebabkan rekod tanpa kalah 18 bulan di gelanggang sendiri musnah dan pengurus Alex Ferguson menyifatkan ia paling buruk sepanjang kariernya selepas kemenangan berturut-turut dan dia jelas terasa kehilangan Vidic yang tidak beraksi ketika menentang City.\rTanpa pemain Serbia itu, yang terpaksa diketepikan sejak Ogos lalu kerana cedera betis sebelum kembali beraksi menentang Galati, benteng United kelihatan rapuh kerana kehilangan tonggak yang boleh memberi arahan.\rJuara Liga Perdana Inggeris itu tampak kurang meyakinkan dua minggu lalu tetapi Ferguson percaya mereka mampu menang menjelang pertembungan menentang pendahulu kumpulan Benfica, 22 November ini.\r“Kami tiada pilihan kecuali menang esok (hari ini),” kata pengurus kelahiran Scotland itu. “Kami beraksi di laman sendiri dan saya jangka kami tidak berdepan masalah untuk menang dan jika kami mampu berbuat demikian, ia akan memudahkan kami ketika menentang Benfica di gelanggang sendiri.\r\n\n\n\n\r“Saya jangka Benfica akan menewaskan Basel walaupun mereka berada dalam keadaan tidak menentu selepas (jurulatih) Thorsten Fink menyertai Hamburg.\r“Kami harap menang dan apabila menentang Benfica di laman sendiri, ia akan menjadi perlawanan penentuan untuk juara kumpulan.” – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046458 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list