|
LAGI tiga atau empat bulan. Itu tempoh diperlukan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk terus mencuba pemain baru sebelum menetapkan kelompok 35 hingga 40 pemain terbaik bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012 dan Kelayakan Piala Asia 2015.\rSemalam, bermula kem latihan pusat sebagai persiapan untuk dua aksi persahabatan antarabangsa menentang India di Guwahati dan Kolkata, 13 dan 16 November ini.\r\n\n\n\n\r “Dari awal saya sudah nyatakan, tempoh ini saya akan menilai muka-muka baru untuk kita ketahui siapa yang benar-benar mampu memperkuat pasukan bagi dua kejohanan utama itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya pasti, selepas tempoh tiga atau empat bulan, saya akan memiliki 35 hingga 40 pemain terbaik. Jadi saya tak perlu berasa risau andai ada pemain cedera atau digantung,” kata Rajagobal ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.\rSkuad kebangsaan berlepas ke Pulau Langkawi, Kedah dari KLIA, Sepang semalam untuk sesi ‘merehatkan fikiran’ sebelum kembali berlatih di Wisma FAM Jumaat ini, dan berlepas ke India pada 10 November.\rRajagobal menyenaraikan muka baru seperti penjaga gol Selangor, G Jeevananthan, pemain sayap Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah dan pemain pertahanan skuad Sukan Universiti Dunia, Amir Ridzwan Taj Tajudin.\rAntara yang kembali dipanggil ialah Safiq Rahim, Bunyamin Umar, Nasriq Baharom, Azmi Muslim, Aidil Zafuan Radzak, Abdul Hadi Yahaya, Abdul Manaf Mamat, Mazlizam Mohammad, Ashari Samsudin, Sharbinee Allawee Ramli, S Chanthuru dan Rizal Fahmi Rosid.\r\n\n\n\n\r“Izzaq Faris Ramlan dan Yong Kuong Yong saya fikir akan tersenarai untuk skuad Sukan SEA. Jadi sebagai ganti, saya panggil Khyril Muhymeen Zambri dan Faizal Abu Bakar,” kata Rajagobal yang cuba mengatur satu perlawanan ujian, Selasa depan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|