CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

3 kunci Jang

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Skuad Hobin bijak serap tekanan untuk pastikan trofi milik NSTIGA individu - jurulatih Azraai Khor Abdullah, kapten Shukor Adan dan penyerang Hairuddin Omar menjadi kunci kejayaan skuad Hobin Jang Hobin menjulang  Piala Malaysia selepas menewaskanTerengganu 2-1, kelmarin.\n\n\n\nAzraai yang berpengalaman memacu kegemilangan Kedah muncul juara trebel 2007 dan 2008, bijak mengatur strategi kebangkitan selepas ketinggalan kepada jaringan awal Terengganu.\n\n\n\n\nShukor tetap dengan kerajinan dan suara lantang ketika menggerak jentera tengah sambil sesekali mengintai peluang jaringan hingga menyuntik motivasi enggan menyerah di kalangan rakan sepasukan.Hairuddin pula yang sentiasa dibayangi kekangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof, bijak mencari ruang terbuka untuk melibas cantik gol kemenangan NS.NS berhak juaraTIRAI saingan Liga Malaysia 2011 berlabuh malam kelmarin dengan Negeri Sembilan membuktikan status jagoan ’kalah mati’ apabila muncul juara Piala Malaysia edisi ke-85 selepas menundukkan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam.\n\n\n\nNegeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri tampil dalam lima daripada 12 pentas final Piala Malaysia era milenium iaitu pada 2000, 2006, 2009, 2010 dan 2011 dengan memenangi dua daripadanya (2009 dan 2011). Satu lagi kejuaraan diraih pada 1948.Tiga individu di sebalik kejayaan Negeri Sembilan turut melakar sejarah peribadi iaitu jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah yang meraih kejuaraan ketiga pada final keempat; kaptennya, Shukor Adan yang menjulang trofi keempat pada final ketujuh; serta penyerangnya, Hairuddin Omar yang menang semua empat final serta meledak gol pada tiga aksi final terakhirnya.“Alhamdulillah, pemain dapat beraksi mengikut percaturan dan strategi yang dirancang. Kejuaraan ini juga secara peribadi membuktikan saya mampu membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia tanpa pemain import,” kata Azraai yang membimbing Kedah menjuarai treble 2007 dan 2008.Hairuddin, 32, pula berkata, sikap tidak berputus asa dan tak sanggup membayangkan perasaan andai tewas di final itu, membuatkan dia terus berusaha memburu gol kemenangan.“Dari awal permainan, kami memiliki banyak peluang tetapi Terengganu lebih dulu mendapat gol. Kami tetap yakin dan tak jemu mencuba hingga minit terakhir,” kata pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu.Dengan Hairuddin masih belum membuat keputusan untuk menyambung kontrak musim depan, Azraai pantas berkata: “Makin tua kelapa, makin banyak santannya. Hairuddin masih antara penyerang terbaik. Kami sudah kemuka tawaran, terpulang kepadanya. Kami profesional, tapi harap dia akan kekal.”Saingan musim 2012 dengan kehadiran semula pemain import bakal bermula dengan aksi Piala Sumbangsih, Kelantan bertemu Negeri Sembilan di Kota Bharu pada 7 Januari, diikuti aksi sulung Liga Super pada 10 Januari.Pengajaran berguna PetehPEMAIN Terengganu yang terlepas peluang bergelar juara berganda musim ini selepas menjuarai Piala FA dan pencapaian baik naib juara Liga Super, harus mengambil pengajaran daripada kekalahan pada pentas final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, kelmarin.“Memang jentera serangan kami kurang menjadi pada babak pertama dan kami lambat panas. “Tetapi kami akan belajar daripada kesilapan ini,” kata penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat.Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim pula menyifatkan gol penyamaan Negeri Sembilan yang dijaringkan S Kunanlan daripada gerakan yang tidak berbahaya, terus menjejaskan tumpuan anak buahnya.“Gol penyamaan membunuh segala-galanya. Kami tak patut hilang tumpuan kerana boleh mengheret perlawanan ke masa tambahan. Tapi akibat leka dan alpa, kami melepaskan gol kedua.”Pada aksi kelmarin, Ashari Samsudin meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-58 tetapi kecuaian penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli menangkap kemas sepakan Kunanlan membenarkan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-80.Negeri Sembilan memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan libas Hairuddin Omar, lima minit sebelum tamat.SENARAI JUARA LIGA MALAYSIA 2011Piala Malaysia: Negeri SembilanPiala FA: TerengganuLiga Super: KelantanLiga Perdana: PKNSLiga FAM: NS BetariaPiala Sumbangsih: KelantanPiala Presiden: Kelantan

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053472 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list