CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 95|Reply: 0

Allenby dahului pusingan pertama

[Copy link]
Post time 28-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PEMAIN Australia Robert Allenby bermula cemerlang dalam edisi kedua golf Asia Pasifik Klasik Malaysia CIMB apabila melakukan 63 pukulan, lapan bawah par untuk mendahului pusingan pertama kejohanan di Kelab Golf & Resort The Mines semalam. \rPemain 40 tahun itu yang diganggu monyet ketika berlatih awal minggu ini, satu pukulan di depan Jhonattan Vegas manakala pemain Sweden, Fredrik Jacobson di tempat ketiga dengan 65 pukulan. Juara bertahan, Ben Crane dari Amerika Syarikat mencatat 69 pukulan, dua bawah par.\r\n\n\n\n\r   “Saya memulakan hari dengan beberapa putt baik dan memukul bola dengan baik,” kata Allenby yang mengumpul lapan birdie tanpa sebarang bogey. “Saya bermain baik kebelakangan ini tetapi gagal menguasai papan pendahulu. Lapan bawah par catatan baik untuk saya.”\r\r\n\n\n\n\n   Sementara itu, cabaran pemain tempatan yang dipikul Danny Chia dan Shaaban Hussin menyaksikan masing-masing menamatkan pusingan pertama kejohanan diiktiraf Jelajah PGA dan Asia itu dengan 71 dan 72 pukulan.\rDanny bermula baik dengan birdie di lubang ketiga sebelum pukulan tee kurang kemas mengakibatkan pemain nombor satu negara itu ‘double bogey’ dan ‘triple bogey’ di dua lubang berikutnya. Bagaimanapun dia memadamkan kesilapannya dengan tiga lagi birdie dalam sembilan lubang pertama sebelum menjadikan kedudukan par sepanjang sembilan lubang terakhir dengan dua birdie dan satu bogey.\r“Secara jujurnya, saya agak gemuruh pada permulaan permainan kerana tidak tahu apa yang menanti,” kata Danny yang pertama kali beraksi di kejohanan ini. “Malah tumpuan saya sedikit terganggu di beberapa lubang pertama tetapi saya kembali fokus hingga tamat permainan.\rShaaban yang memperoleh tiket ke kejohanan PGA pertama di luar Amerika Syarikat untuk tahun kedua berturut-turut selepas menjuarai pusingan kelayakan tempatan, turut bangkit di akhir permainan untuk kedudukan 41 keseluruhan dengan satu pukulan atas par.      \r\n\n\n\n\r“Saya bergelut dengan pukulan iron di awal permainan dan kerap terlepas green,” kata Shaaban yang melakukan dua birdie di lubang 14 dan 17 selepas tiga bogey di sembilan lubang pertama. “Mujurlah pukulan putt saya baik sepanjang sembilan lubang pertama. Jika tidak mungkin catatan saya lebih teruk lagi.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.040870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list