|
ISTANBUL: Caroline Wozniacki yang tewas kelmarin masih mempunyai sebab untuk gembira apabila pemain Russia, Maria Sharapova menarik diri daripada kejohanan terakhir WTA akibat kecederaan, sekali gus mengesahkan pemain Denmark itu di tangga teratas dunia untuk tahun ini.\rWozniacki tewas 6-2 4-6 6-3 kepada pemain Russia, Vera Zvonareva tetapi dengan Sharapova sudah dalam perjalanan pulang, kekalahan perlawanan kedua pusingan round-robin di Sinan Erdem Dome tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia yang digenggam sejak 36 minggu lalu.\r\n\n\n\n\r Pemain nombor dua dunia, Sharapova yang hadir sebagai pencabar tunggal Wozniacki untuk kedudukan teratas itu, terpaksa menarik diri selepas tewas 7-6 6-4 kepada pemain China, Li Na dalam Kumpulan Putih. \r\r\n\n\n\n\n Wozniacki, 21, kini berdepan juara Wimbledon, Petra Kvitova dan memerlukan kemenangan untuk membuka jalan ke separuh akhir kejohanan yang menawarkan hadiah AS$4.9 juta (RM16.7 juta) itu.\r“Saya suka permainan yang memakan masa lama,” kata Wozniacki yang menewaskan teman baiknya, Agnieska Radwanska pada Selasa. “Saya mahu memberikan penonton kepuasan. Lima jam tenis dalam tempoh dua hari cukup sempurna.\r“Saya rasa umum menyedari kepentingan gelaran nombor satu dunia. Jika anda budak kecil, mereka pasti faham apa maknanya menjadi pemain nombor satu. Mungkin tidak ramai yang mengetahui apa itu grand slam, tetapi pemain nombor satu memberi maksud lebih jelas.”\rSharapova cedera buku lali di Tokyo baru-baru ini dan hanya pulih menjelang kejohanan di Istanbul. Tempatnya akan digantikan Marion Bartoli dari Perancis yang akan berdepan Victoria Azarenka hari ini. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|