CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Banjir sekitar Bangkok semakin buruk

[Copy link]
Post time 27-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lapangan terbang Don Muang  ditenggelami air, mangsa dapat perlindungan kena pindahBANGKOK: Banjir dilaporkan menghampiri terminal di Lapangan Terbang Don Muang, lapangan terbang kedua terbesar di ibu negara Thailand semalam memaksa mereka yang mendapatkan perlindungan di situ berpindah berikutan amaran beberapa bahagian Bangkok mungkin ditenggelami air sedalam 1.5 meter.\rBanjir di lapangan terbang  itu yang digunakan untuk penerbangan domestik, adalah tamparan  kepada kerajaan dalam usaha menghalang Bangkok daripada tenggelam akibat banjir. Penutupannya semakin mengurangkan keyakinan umum terhadap keupayaan pentadbiran Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra untuk mempertahankan bandar raya yang didiami sembilan juta penduduk itu.\r\n\n\n\n\rSehingga pagi semalam, lebih 1,000 orang yang berlindung di sana terpaksa berpindah berikutan air terus memenuhi  sekitar terminal.\r\r\n\n\n\n\nLapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, pintu masuk antarabangsa utama belum lagi terjejas dengan banjir dan penerbangan masih beroperasi seperti biasa. Kebanyakan kawasan di bandar raya itu  belum terjejas dengan banjir, walaupun air botol minuman dan bekalan kecemasan lain dilaporkan berkurangan.\rKerajaan Yingluck mengisytiharkan cuti umum selama lima hari Selasa lalu di kawasan terjejas termasuk Bangkok manakala Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah ditutup sehingga 7 November. Gabenor Bangkok, Sukhum-bhand Paribatra meminta mereka yang tidak perlu berada di bandar raya itu supaya keluar dan meninggalkannya Bangkok.\rPerdana menteri  dalam satu ucapan disiarkan televisyen Selasa lalu memberi amaran  tekanan banjir akan menolak hiliran ke dalam bandar yang bergabung dengan air pasang surut bulanan tinggi pada hari Jumaat dan Sabtu boleh menjejaskan dinding banjir diperkukuh dan benteng yang melindungi bandar raya itu.\r“Ia boleh mengakibatkan banjir sehingga 1.5 meter di kawasan rendah di bandar raya itu,” katanya.\r\n\n\n\n\rSukhumbhand berkata  ibu negara itu tidak dapat mengelak daripada banjir dan memberi amaran kepada penduduknya di sebanyak 13 daerah di Sungai Chao Phraya, sungai terbesar di bandar raya itu supaya bersiap sedia.\rBanjir di Lapangan Terbang Don Muang menjadi simbol bahawa negara Asia Tenggara itu berhadapan dengan krisis semakin teruk, yang menyaksikan  satu pertiga daripada negara itu sudah ditenggelami banjir dan membunuh 373 penduduk sejak tiga bulan lalu.\rLapangan terbang itu juga turut menempatkan pusat operasi bantuan banjir kerajaan dan satu daripada terminalnya diubah suai kepada pusat perlindungan  menempatkan 4,000 penduduk yang men-cari perlindungan.\rSeorang pekerja kerajaan yang berlindung di sana sejak tiga minggu lalu Somboon Klinchanhom, 43, bersiap sedia  untuk berpindah pada Selasa selepas kerajaan berkata terminal itu mungkin menjadi terlalu sesak.\r“Saya sangkakan ia akan selamat dan dilindungi,” kata Somboon mengenai lapangan terbang itu sambil mengemaskan barangan miliknya semula.\rPusat banjir kerajaan  tetap berada di lapangan terbang terbabit setakat ini berikutan ia mudah dihubungi oleh jalan raya, kata jurucakap Wim Rungwattanajinda. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049023 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list