|
Maniam akur kemampuan Perak tapi percaya anak didik sedia gempur\rDUA faktor penting mengiringi perjuangan Perak dalam usaha mencari ilham menumbangkan Selangor pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini iaitu kredibiliti jurulatihnya, Norizan Bakar serta sokongan padu penyokong.\r\n\n\n\n\r Norizan, 50, atau lebih mesra dipanggil Cikgu Jan pernah bergelar jurulatih kebangsaan serta pengendali Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan dilihat lebih luas pengalamannya berbanding jurulatih Selangor, P Maniam, 43, yang baru dilantik menggantikan K Devan, 20 September lalu.\r\r\n\n\n\n\n Malah, gema sorak puluhan ribu penyokong setia skuad Kejor Yob Kejor itu pasti menggerunkan lawan, ditambah pula kehadiran semula empat tonggak berpengalaman - Akmal Rizal Rakhli, Shahrulnizam Mustapa, K Nanthakumar dan Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama Perak.\rNamun, ia sesekali tidak menggentarkan Maniam yang lebih berminat memikirkan mengenai anak didiknya untuk terus kekal fokus dan berkeyakinan tinggi seperti dipamer ketika menewaskan Perak 3-1 di Shah Alam, Isnin lalu.\r“Sudah tentu Perak akan tampil lebih kuat di gelanggang sendiri. Tapi ia bukan masalah jika kami dapat meneruskan persembahan mantap seperti di Shah Alam. Saya tetap yakin dengan kualiti dimiliki pemain Selangor.\r“Cuma kita tak boleh ambil mudah dan leka kerana Perak pasti boleh menghukum kita. Apa pun dengan peningkatan ditunjukkan para pemain, saya yakin Selangor mampu melangkah ke separuh akhir,” kata Maniam ketika dihubungi, semalam.\r\n\n\n\n\rSkuad Selangor bertolak ke Ipoh, malam tadi tanpa kelibat pemain tengah pertahanan, Bunyamin Umar yang digantung akibat kad merah diterimanya, Isnin lalu dan posisi itu akan diganti sama ada oleh Hardi Jaafar atau Fadzli Saari.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|