|
ALICANTE (Sepanyol): Malam yang menjanjikan penuh drama berakhir dengan kekecewaan buat Scotland apabila tewas 3-1 kepada Sepanyol menyebabkan mereka berada di tangga ketiga Kumpulan I dan melenyapkan peluang beraksi di play-off Euro 2012. Dua jaringan pada babak pertama pemain Manchester City, David Silva dan David Villa sudah cukup buat Sepanyol yang berada di tangga teratas kumpulan dengan rekod 100 peratus daripada lapan perlawanan.\n\n\n\n Gol sagu hati Scotland hadir menerusi sepakan penalti David Goodwillie pada minit ke-64 selepas Victor Valdes menjatuhkan Steven Naismith. Sejurus itu jurulatih Sepanyol, Vicente Del Boque terus merumuskan gaya dan falsafah pasukannya. \n\n\n\n\n\n “Berhadapan dua bahagian tengah yang besar tetapi dua pemain kami yang lebih kecil mampu menjaringkan gol,” katanya. Silva yang mempamerkan aksi memberangsangkan buat Manchester City musim ini berkata, dia memperoleh formula untuk memulakan rentak awal bersama pasukan kebangsaannya.“Saya hanya perlu meneruskan corak permainan seperti itu,” katanya. “Kami saling bertukar hantaran dan bermain dengan baik, jadi kami sangat gembira.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|