|
DENGAN penampilan terakhir pada Grand Prix Akhir Kebangsaan, Lee Chong Wei yang turun dengan status pemain nombor satu dunia tidak menghadapi masalah dalam pemburuan gelaran ke-10 dalam perlawanan yang bermula di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.\rDiletakkan dalam kumpulan A bersama-sama Lok Chong Chieh, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Chong Yee Han, Chong Wei dengan mudah menewaskan Yee Han yang baru berusia 17 tahun dengan 21-12, 21-8 dalam masa 26 minit dalam perlawanan di sebelah pagi.\r\n\n\n\n\r Dalam perlawanan kedua menentang Iskandar yang juga pemenang pingat perak Kejohanan Remaja Dunia 2009, Chong Wei menundukkan pemain itu dengan 21-16, 21-10 dalam tempoh 29 minit.\r\r\n\n\n\n\n “Sekurang-kurangnya selepas saya tidak bermain lagi dalam kejohanan tempatan, ramai pemain lain akan meraih kejuaraan tempatan dan ini akan memberikan mereka lebih keyakinan terutama apabila bermain diperingkat antarabangsa,” kata pemain berusia 29 tahun itu.\rDiletakkan sebagai pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei dijadual bertemu Chong Chieh dalam perlawanan terakhir kumpulan A pada hari ini sebelum melangkah ke separuh akhir bertemu dengan juara Kumpulan C.\rKategori wanita menyaksikan pemain utama, Tee Jing Yi yang merangkul kejuaraan Cabaran Vietnam April lalu juga tidak menghadapi masalah dalam dua perlawanan Kumpulan A apabila menundukkan Lim Yin Fun dengan 24-22, 23-21 dan Florah Ng 21-11, 21-14.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|