|
SELEPAS tidak dipertandingkan pada Sukan SEA lalu di Vientiane, acara bowling yang sering menjadi sandaran pingat emas kontinjen negara kembali dengan meletakkan sekurang-kurangnya tiga emas sebagai sasaran.\rKetua jurulatih skuad bowling negara, Holloway Cheah berkata sasaran awal itu diharap mampu dihasilkan menerusi acara berpasukan lelaki dan wanita serta beregu lelaki.\r\n\n\n\n\r “Acara berpasukan sering menjadi kekuatan negara dan dalam acara inilah kehebatan negara peserta dapat dinilai secara keseluruhan. Kita juga mempunyai harapan dalam acara perseorangan lelaki dan juga wanita yang diharap mampu menghadiahkan pingat yang lebih banyak,” katanya yang belum memutuskan enam nama pemain wanita yang akan ke temasya itu.\r\r\n\n\n\n\n Bakal diadakan di Bowling Jaya Ancol, Holloway berkata kebanyakan atlit negara sudah biasa dengan pusat bowling di Jakarta, Bowling Jaya Ancol yang bakal menjadi venue di sana.\r“Kami baru menjalani latihan dengan corak minyak di lorong pada temasya itu nanti. Mungkin corak yang ada tidak sama tidak sama seratus peratus tetapi kami mahu membiasakan dengan corak yang lebih kurang sama dan membiasakan dengan jenis bola,” katanya. \rKatanya, selain daripada juara perseorangan Kejohanan Dunia Bowling Wanita pada bulan lalu, Jacqueline Jenele Sijore yang sudah terlebih dulu mengesahkan tempat ke temasya itu, Esther Cheah, Sharon Koh, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Zatil Iman Abdul Ghani, Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamallidon dan Sin Li Jane akan dipilih hujung bulan ini bagi mengisi lima lagi tempat ke temasya November ini.\rManakala, enam lagi pemain lelaki sudah disenaraikan iaitu Aaron Kong, Alex Liew, Adrian Ang, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairuddin dan Zulmazran Zulkifli.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|