|
PERLUMBAAN Bot Varsiti yang berakhir, semalam turut tidak menghampakan peminat sukan air tempatan walaupun tiada peserta negara muncul juara, melainkan dua atlit wanita daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya menempatkan diri dalam senarai tempat ketiga.\rDua atlit terbabit, Faizah Firdaus Fauzi dan Siti Asmah Ahmad Shahidan berjaya tersenarai di kedudukan berkenaan bagi kategori Kayak Wanita Double untuk 1,000 meter.\r\n\n\n\n\r Mereka berjaya menamatkan kayak dengan jarak berkenaan dalam tempoh masa 6:21.36 iaitu hanya beberapa saat daripada masa diambil atlit tempat kedua dari Universiti Chiang Mai iaitu 5:49.52s.\r\r\n\n\n\n\n Keputusan akhir yang diumumkan itu juga tidak mengecewakan Malaysia apabila Universiti Malaya berjaya memperoleh tempat ketiga bagi acara kayak kategori keseluruhan dan membawa pulang keseluruhan tiga pingat iaitu satu pingat emas dan dua pingat perak. \rSementara itu, Ketua Sekretariat kejohanan merangkap Setiausaha Agung Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama), Muhamad Hasnul Aizam Bakin berkata, beliau bangga dengan pencapaian yang ditonjolkan atlit tempatan sepanjang acara itu berlangsung selama tujuh hari di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|