CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

Pokku ‘ganyang’ Pit Thai

[Copy link]
Post time 7-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tekad  baham lawan rebut gelaran kategori 67kgTIDAK pernah bersua dalam gelanggang sebelum ini namun bagi Pokku Kuda Merah, dia pasti kelebihan jumlah perlawanan berbanding pihak lawan bakal membantunya menumbangkan Pit Ruang dari Thailand pada perlawanan pembukaan Cabaran Muay Thai Antarabangsa Kuala Lumpur Siri Super 8 di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, malam ini. \n\n\n\n   Pokku atau nama sebenarnya Tengku Shahrizal Tengku Abd Rahman (gambar) yang sebelum ini merakamkan 130 kemenangan daripada 145 perlawanan tanpa rasa gentar melaungkan amaran keras buat Pit Ruang apa lagi ‘memberi muka’ kepada pihak lawan menguasai gelanggang bagi merebut tali pinggang 67 kilogram (KG) yang dipertandingkan.\n\n\n\n\n  “Saya sudah bersedia dan peluang berada di gelanggang ini pasti tidak akan dilepaskan begitu saja!,” kata jejaka berusia 25 tahun itu mengenai persiapannya menghadapi Pit Ruang atau Pit Thai mewakili Eagle Muay Thai Academy yang mencatat 98 kemenangan daripada 108 perlawanan disertai sebelum ini. “Apapun lawan jangan dipandang ringan dan lihat saja nanti pada hari perlawanan.” Pokku sebelum ini pernah menjuarai kelayakan pertama Conterder Asia pada tahun 2008.Antara perlawanan dalam Siri Super 8 ialah antara Ediey Selendang Kuning (Kirsty Muay Thai Club Ampang) dengan Tanu Laos (Kelab Tomoi Langkawi Geo Park); Taufik Rantau Panjang (Kelab Tomoi Rantau Panjang) dengan Amir Naseri ( Kambiz Worrior Gym Iran) dan Tim Yong (TNT Muay Thai Club) dengan Yaya Jongjit dari Vietnam  Dragon Horn Bill Muay Thai Club).Selain perlawanan penuh debaran itu, malam ini juga bakal menyaksikan empat peninju bertarung dalam Regu Pilihan Terhebat iaitu antara Lokman Hakimi dari Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM menentang Hasrul Hisham (Hasrul Rajawali) dari Kelab Tomoi Rajawali dan pertembungan ‘luka lama’ membabitkan juara kategori 60kg, Wan Abdullah Wan Ibrahim (Lah Kirsty) dengan Amirul Ariffin (Ban Mero). \n\n\n\n  “Dulu (Jun) saya tarik diri di saat-saat akhir sebab masalah kesihatan. Kali ini saya sudah cergas seperti biasa dan buat Ban Mero tunggu saja perlawanan esok (malam ini),” kata Lah Kirsty yang mahu mengambil semula tali pinggang kejuaraan selepas menyerahkannya kembali kepada pihak penganjur pada edisi kedua cabaran, empat bulan lalu kerana tidak dapat meneruskan perlawanan ekoran demam campak dialaminya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.087079 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list