CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

Labur RM22.7 juta bina pusat 3S

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERODUA meterai perjanjian beli tanah 1.77 hektar di Kota Tuah Jaya\rPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melabur RM22.7 juta bagi membangunkan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Melaka yang bakal beroperasi menjelang 2013.\r\n\n\n\n\r  Bagi tujuan itu, Perodua menerusi anak syarikatnya PERODUA Sales Sdn Bhd semalam memeterai perjanjian bagi membeli tanah seluas 1.77 hektar di Kota Tuah Jaya, Ayer Keroh daripada Yayasan Melaka pada harga RM7.7 juta.\r\r\n\n\n\n\n  Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pusat 3S baru itu bakal memiliki 25 ruang servis bagi menampung sekitar 2,500 servis sebulan serta tambahan 30 ruang khusus untuk perkhidmatan berkaitan cat dan badan kereta (B&P).\rBeliau yang juga Pengerusi PERODUA Sales berkata, pasaran Melaka kekal antara penyumbang utama kepada jualan syarikat dengan sekitar 550 unit dijual di negeri itu sebulan.\r“Pertumbuhan jualan akan meningkatkan permintaan perkhidmatan selepas jualan yang mana jumlah servis dikendalikan bengkel PERODUA Melaka meningkat empat peratus kepada 42,700 tahun lalu berbanding 41,200 pada 2009.\r“Justeru, penubuhan pusat 3S baru ini akan membantu kami meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan selepas jualan bagi menampung kenaikan permintaan pelanggan di Melaka,” katanya pada sidang media selepas memeterai perjanjian pembelian tanah itu di Rawang, semalam.\r\n\n\n\n\rBeliau memeterai perjanjian itu bagi pihak PERODUA Sales manakala Yayasan Melaka diwakili pengarahnya, Zaleha Bujang. Turut hadir, Naib Presiden Yayasan Melaka, Datuk Tahir Hassan dan Pengurus Besar Yayasan Melaka, Sharabuddin Kudus.\rSelain ruang servis, jualan, penyimpanan dan pusat B&P, kemudahan 3S baru itu akan menempatkan pejabat dan pusat latihan bagi keperluan pembangunan modal insan pengedar dan kakitangan di kawasan selatan.\rSementara itu, Sharabuddin berkata, Yayasan Melaka kini memiliki lebih 2,023 hektar simpanan tanah di seluruh Melaka yang berpotensi dimajukan dalam tempoh beberapa tahun lagi.\rKatanya, bagi menambah nilai dan meningkatkan potensi simpanan tanah sedia ada, syarikat itu akan membeli tambahan 259.4 hektar tanah untuk dimajukan dengan projek pembangunan bercampur.\r“Tanah baru ini bersebelahan Seri Bendahara, Melaka, yang mana ia akan dimajukan sebagai kawasan ekonomi baru dalam tempoh lima tahun.\r“Semuanya kawasan yang strategik dan kami menerima beberapa permintaan beberapa pihak yang mahu membangunkan universiti dan kolej di sana,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.059672 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list