|
TOKYO: Pemain pilihan utama, Rafael Nadal berhempas pulas menjinakkan pemain Kanada, Milos Raonic 7-5 6-3 untuk menempah tempat ke pusingan suku akhir kejohanan tenis Terbuka Jepun, semalam.\rJuara bertahan di Tokyo itu akan bertemu Santiago Giraldo pada perlawanan seterusnya selepas pemain Colombia itu menewaskan pemain Russia, Dmitry Tursunov 6-4 7-6 untuk mara ke kelompok lapan terakhir dalam kejohanan gelanggang keras yang menawarkan $1.34 juta (RM4.26 juta).\r\n\n\n\n\r Nadal yang bermain pada kejohanan pertama sejak membantu Sepanyol pada final Piala Davis, bulan lalu, pantas menyekat kemaraan Raonic dan akhirnya menamatkan perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n Rakan senegara Nadal, David Ferrer pula dipaksa bekerja keras untuk menempatkan diri dalam lapan pemain terbaik, dengan pemain pilihan ketiga itu menang 4-6, 6-2, 6-2 ke atas pemain Australia, Matthew Ebden.\rFerrer, pemenang Terbuka Jepun 2007, akan bertemu pemain pilihan ketujuh, Radek Stepanek daripada Republik Czech selepas ini. - Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|