|
Kami tak rela tewas di Istanbul: Loew\rBERLIN: Juara Eropah tiga kali, Jerman bersungguh-sungguh mahu mencatat kemenangan kesembilan dalam kelayakan Euro 2012 apabila berdepan Turki esok dalam usaha menjadi pasukan kebangsaan Jerman pertama melangkah ke pusingan akhir tanpa tercicir sebarang mata.\r\n\n\n\n\r Walaupun sudah menempah tiket ke pusingan akhir sebagai juara Kumpulan A dengan 24 mata daripada lapan perlawanan, Jerman tidak bersedia untuk mengendurkan langkah dalam baki dua perlawanan kumpulan menentang Turki dan kemudian Belgium, 11 Oktober ini.\r\r\n\n\n\n\n “Kami mahu mengharung kempen ini tanpa kalah dan akan cuba menang dalam baki dua perlawanan,” kata jurulatih Joachim Loew.\r“Kami mahu mencatat sesuatu yang bersejarah iaitu 10 kemenangan dalam peringkat kumpulan.”\rLoew berkata dia tidak akan menguji atau merombak barisan pemainnya berbanding perlawanan terdahulu, kerana pertaruhan tempat kedua masih menjadi rebutan bagi pasukan tangga kedua Turki dan Belgium yang berada di tangga ketiga.\r“Terutama perlawanan menentang Tukri (di Istanbul) akan diiringi dengan emosi yang tinggi. Penyokongnya akan berbuat apa saja untuk memberi perangsang kepada pasukan mereka, seolah-olah mereka adalah pemain tambahan.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak akan mengubah sehingga tujuh atau lapan pemain seperti ketika apa yang saya lakukan dalam perlawanan persahabatan ketika menentang Poland, contohnya,” kata Loew.\rDengan pemain tengah, Toni Kroos tidak dapat diturunkan, satu-satunya kebimbangan Loew ialah siapa akan diletakkan di barisan penyerang.\rMario Gomez tampak mempunyai sedikit kelebihan berbanding Miroslav Klose selepas mengukir nama selaku penjaring terbanyak musim lalu dan beraksi baik dalam kempen awal bersama Bayern Munich. \rNamun Klose, dengan 62 gol dalam 112 perlawanan dan memburu rekod Gerd Mueller dengan 68 gol antarabangsa, meledak secara konsisten untuk kelab barunya Lazio dan tidak gentar untuk mencabar bekas rakan sepasukannya di Bayern itu. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|