CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64|Reply: 0

Chen Long ancaman baru Chong Wei

[Copy link]
Post time 6-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemain China boleh nafi impian emas negara di Sukan Olimpik\rSELAIN Lin Dan yang sudah diketahui kekuatannya, siapakah di antara tiga pemain berpotensi tembok besar China - Chen Jin, Chen Long dan Wang Zhengming - yang mampu menggugat jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dalam tempoh 10 bulan menjelang pentas berprestij Sukan Olimpik?\r\n\n\n\n\r  Ketika diajukan persoalan itu, jurulatih Tey Seu Bock memilih Chen Long sebagai pemain berpotensi dengan menegaskan pemain berusia 22 tahun yang menumbangkan Chong Wei di final Terbuka Jepun baru-baru ini memiliki kekuatan seimbang dalam menyerang dan bertahan.\r\r\n\n\n\n\n  “Juara dunia, Chen Jin dan juara remaja dunia Wang Zhengming memiliki kekuatan dalam menyerang tetapi pertahanan mereka agak goyah. Saya akui kita perlu memantau perkembangan Chen Long yang menunjukkan peningkatan dalam permainan sejak kebelakangan ini,” katanya.\rSeu Bock mengakui China sememangnya memiliki kelebihan dalam merangka strategi kerana mempunyai ramai pemain perseorangan berbakat, tetapi dia enggan terlalu memikirkan kerana apa yang lebih penting mempersiapkan Chong Wei di tahap terbaik. \r“Kita sememangnya tidak boleh mengawal apa yang dilakukan mereka (China), tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah mempersiapkan Chong Wei di tahap terbaik supaya dia mampu berdepan segala tipu helah lawan itu,” katanya.\rSementara itu, Chong Wei yang tewas dua kali berturut-turut di Kejohanan Dunia dan Terbuka Jepun akan turun semula beraksi menyertai kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) di Terbuka Denmark 18 hingga 23 Oktober ini.\r\n\n\n\n\rBerdasarkan undian, Chong Wei yang menjuarai kejohanan itu pada 2005 akan memulakan kempen menentang P Kashyap dari India sebelum kemungkinan besar menentang Wang Zhengming dan Chen Jin dalam laluannya ke final.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043993 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list