CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

FAM rayu ketepi kepentingan politik

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu kerajaan negeri termasuk negeri dikuasai pakatan pembangkang bekerjasama dengan persatuan bola sepak negeri masing-masing membangunkan sukan berkenaan.\rPesanan itu dinyatakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang tidak mahu ada persatuan bola sepak negeri dipinggirkan kerana perbezaan politik antara pemimpin kerajaan negeri dan persatuan.\r\n\n\n\n\r  “Jangan jadikan bola sepak negeri sebagai mangsa politik,” kata Tengku Abdullah pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Karnival Bolasepak 1 Malaysia 2011 Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM), di Georgetown, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n  Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.\rTengku Abdullah berkata, kerajaan negeri sewajarnya berusaha memartabatkan sukan bola sepak dengan mengenepikan perbezaan politik.\r“Dengan adanya pembabitan kerajaan negeri secara terus, segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan tanpa menuding jari antara satu sama lain. Malah, FAM sendiri turut bersedia untuk menghulurkan bantuan,” kata beliau.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.111402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list